Friday, August 01, 2008

Harakah mungkin RM1.50

Oleh PAS Parit Buntar

 Kuala Lumpur : Harakah pada masa akan datang mungkin akan dijual pada harga serendah RM1.50 senaskah. Begitulah saranan para pengedar Harakah pada program Seminar Pengedar Harakah yang diadakan di Anjung Rahmad Gombak Sabtu lepas.

Program tersebut yang dihadiri oleh para pengedar dari seluruh negara diadakan dalam usaha mengambil pandangan dari para pengedar Harakah berkaitan pengedaran Harakah yang telah diluluskan oleh KDN untuk dijual dua kali seminggu.

Ucap utama dan perasmian dilakukan oleh Hj Mustafa Ali yang juga pengerusi Lembaga Pengarah Harakah. Dalam ucapannya beliau amat mengharapkan kerjasama bersungguh-sungguh dari para pengedar untuk memastikan kelancaran pengedaran Harakah dan dalam masa yang sama memastikan jualan Harakah terus meningkat.

seminar_harakah_270708_002.jpg image by paspbSemasa sessi soal-jawab hampir semua yang mengambil bahagian menyatakan betapa perlunya harga Harakah diturunkan seminima mungkin untuk memastikan lebih ramai akan membeli harakah demi menjayakan tujuan penerbitan Harakah itu sendiri.
"Kita bukan kira sangat berapa untung tapi yang lebih penting, lagi banyak Harakah dapat dijual lagi ramailah yang akan mendapat maklumat tentang PAS" ujar salah seorang pengedar.
Beberapa permasalahan dan kelemahan pengurusan pengedaran juga dibangkitkan dan pihak Pengurus Pengedaran berjanji akan meneliti semua permasalahan yang dibangkitkan dan akan cuba diselesaikan sebaik mungkin.

Semasa sessi penggulungan Hj Mustafa berjanji akan membawa semua hasrat dan pandangan yang telah diberikan oleh para pengedar untuk dibincangkan dalam mesyuarat Lembaga Pengarah Harakah.

"Walaupun saya pengerusi tapi saya tidak boleh janji apa-apa kerana semua keputusan terutama dalam hal harga perlu diputuskan dalam mesyuarat Lembaga Pengarah." Ujar beliau.

Pada akhir program tersebut, pihak pengurusan Harakah telah menyampaikan sijil penghargaan kepada pengedar-pengedar yang telah menjadi pengedar Harakah lebih 10 tahun. Antara yang menerima sijil tersebut adalah PAS Parit Buntar melalui Lajnah Penerangan yang telah menjadi pengedar Harakah sejak awal tahun 90an lagi. En. Bahrain, ketua Penerangan PAS Kawasan yang mewakili PAS Parit Buntar telah menerima sijil tersebut.

seminar_harakah_270708_003.jpg Seminar pengurusan Harakah image by paspbBeliau yang turut terlibat menguruskan Harakah sejak tahun 2000 melahirkan rasa terharu menerima sijil tersebut mengenangkan pelbagai masalah yang timbul dalam menguruskannya. Beliau juga merakamkan ucapan penghargaan kepada Ust. Yahya Lebai Mat dan Cikgu Idris yang menguruskan Harakah bagi pihak PAS Kawasan sebelum diambil alih oleh Hj Shaari sekarang.

Sebagai Ketua Pengarang, beliau amat mengharapkan harga senaskah Harakah dapat diturunkan seminima mungkin agar lebih ramai akan membeli Harakah seterusnya lebih meluaslah penerangan mengenai isu-isu melalui organ parti ini. Pada pendapat beliau harga RM1.50 senaskah adalah yang paling sesuai..

Majlis pelancaran Naskhah edisi 2 kali seminggu tersebut akan dibuat semasa Muktamar PAS Pusat yang akan diadakan di Ipoh pada 15, 16 & 17 Ogos 2008 akan datang.

Sila lawati Laman PAS Parit Buntar

Daripada : WebMaster PAS Parit Buntar

No comments:

Post a Comment

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?