Wednesday, August 27, 2008

Hari Terakhir Di Permatang Pauh...

Assalamu'alaikum...

Hari ni aku bangkit lewat, jam 10:30am...lewat sungguh...

Bangun, matcomot tengah mengadap laptop, malaysiabiz-aloha tidur lagi, matsamankati dah siap mandi nak gerak balik Perak, cucumatkilau tengah mandi, aku pun nak mandi jugak...

Lepas mandi, badan segar lepas mandi, turn aku pulak mengadap pc nak update entry baru...ni lah 1st entry aku untuk hari ni.

malaysiabiz-aloha dah bangun, matsamankati nak gerak balik Perak dah, kami bersalam-salaman & sempat bergambar kenangan...ntah bila dapat berkumpul lagi macam ni.

Banyak kenangan di Permatang Pauh sepanjang kempen pilihanraya kecil P-044.berlari kesana-sini, hujan panas semua kami lalui untuk mendapat khabar terbaik dari sini.

Seronok masa menyamar sebagai pro UMNO & menyusup masuk ke markas BN untuk dapatkan isu yang dimainkan secepat mungkin agar segala isu dapat kami tangkis dengan maklumat & fakta yang tepat.

Seronok sebab dapat bergaul sendiri dengan orang-orang yang tak berapa pandai menggunakan akal yang dianugerahkan oleh Allah...pengalaman aku berada didalam markas BN paling panas di P-044 iaitu Bangunan UMNO Semambu menemukan aku dengan ahli-ahli penyokong-penyokong UMNO yang taksub dengan parti mereka.

Aku panggil mereka taksub sebab majoriti mereka, bulat-bulat menerima dakyah & tohmah pimpinan atasan mereka walaupun perkara yang diutarakan itu langsung tak lojik.

Nanti ada lapang, aku cerita dekat sini.

Aku nak pi ronda Permatang Pauh, nak bergambar lebih kurang sebagai kenangan tsunami ke-2 selepas PRU12.rakyat dari berbagai negeri berkumpul berganding bahu berkempen untuk memenangi P-044 & semuanya sukses...

Karang aku update lagi...

13 comments:

  1. "Lepas mandi, badan segar lepas mandi, turn aku pulak mengadap pc nak update entry baru...ni lah 1st entry aku untuk hari ni." Dan Insya Allah ko dah tunaikan solat subuh walaupun lambat... tidak kalu takut sia sia perjuangan ko. Ampun dan maaf.

    ReplyDelete
  2. teman harap mike update citer psal taksub ameno tu...hehehe teman nak juga tau taksub tahap gaban ke depa ni

    ReplyDelete
  3. Terima kasih kerana memberi maklumat terkini di Permatang Pauh. Salam reformasi dari saya. Takbir!

    ReplyDelete
  4. huhu~ masyuk kalo boleh join korang kat sana... =(

    ReplyDelete
  5. Bro,
    Memang respek, kita lihat badan sukarelawan dari pelbagai lapisan masyarakat, perfahaman politik, kaum dan agama, berganding bahu menentang kerajaan zalim yang dipandu oleh beberapa ekor Kera Jalanan.

    Bagi saya, strategi UMNO dah lama hancur. Mereka terlalu rasa bongkak dan dah reput dari dalam. Kita lihat UMNO ni akan berkecai, bah kata Menantu Sakti

    "UMNO ni tiap tiap dekad, dia berkecai. Dah gabung, lepas tu berkecai. Berkecai kerana taksub pada wang dan kuasa. Tapi kita di Pakatan, kita bergabung untuk selama lamanya"

    ReplyDelete
  6. cuba tengok ni ... jadi kat parlimen pagi tadi.. lawak sungguh

    http://uk.youtube.com/watch?v=hZFGI4B3Amg

    -ginger-

    ReplyDelete
  7. teruskan kerja mengupdate ini.. best sungguh membaca segala post nko nih..

    ReplyDelete
  8. Sunyi seketika…
    Desa permai ini yang kelmarinnya bingit
    Desa permai ini yang kelmarinnya sempit
    Bukan sedikit…
    Rencam dan karam dalam sumpah dusta
    Rencam dan karam dalam kata nista
    Rencam dan karam dalam gegak gempita

    Main wayang, main orang, main ”barang”..
    Main janji, main ikrar, main uang
    Politikus-politikus yang bermain...

    Kereta besar, kereta kecil
    Orang besar, orang kecil
    Impian besar, impian kecil
    Semuanya...
    Dikit demi dikit…saat ini sudah meninggalkan kami

    Tapi jangan lupa
    Kami ini ingat, tidak akan lupa…
    Wahai Wira yang sudah kami nobat
    Wahai Wira yang sudah kami angkat
    Yang sudah kami mertabat

    Yang juga tentunya sudah kami IKAT dengan Ikrarnya
    Bawa harapan baru, bawa Malaysia Baru
    Janji hidup sejahtera, aman rakyat jelata
    Wira MERDEKA 50 tahun kedua

    Bila melangkah masuk
    Ke balairong perundangan negara
    Derita kami pantas kamu kumandangkan
    Sengsara kami lekas-lekas kamu sulam, kamu pintal
    Dan bukakan selebar-lebarnya di dalam balairong itu nanti
    Agar mereka tahu
    duduk kamu semua di situ
    adalah kerana kami
    yang hanya kamu ziarahi bila perlukan UNDI !

    Wira Merdeka
    Ingat..kami hantar kamu
    Dari Permatang Pauh Ke Parlimen
    Untuk seteguhnya mengusung amanat besar ke Putrajaya!
    Jangan...
    Jangan berpaling lagi..

    Buat para Menteri
    Buat para YB
    BN, Pakatan Rakyat, Tiada Parti
    Buat MP Melayu, MP Cina, MP India,
    MP Kadazan-Dusun, MP Iban, MP Dayak,
    MP Orang Asli Atau Siapa Sahaja
    Nah, Ikuti Dia!
    Wira Merdeka Permatang Pauh – Parlimen – Putrajaya

    Ikuti Dia…
    Sudah lama benar kami menunggu
    Menanti saat munculnya para Pemberani
    Yang nanti dengan penuh tegar dan sedar
    Ubah haluan yang menuju karam
    Ubah wadah yang semakin suram
    Ubah nasib yang semakin kelam

    Ikuti Dia!
    Wira Merdeka Tak Terdendang
    Wira Merdeka Bukan Kepalang

    Ikuti Dia!
    Ubah Lanskap politik negara ini
    Kembalikan serinya
    Agar esok lusa
    Kita sambut MERDEKA
    Dengan jiwa dan cinta menebal buat MALAYSIA!

    p/s : ciplak from my sis...
    http://aljundiathirah.blogspot.com/

    ;)

    ReplyDelete
  9. thanks a lot kat hangpa suma..
    matcomot...perisik rakyat...malaysiabiz...cucumatkilau...dll...semoga kerja hangpa akan diberkati ALlah...amin...

    best gak kalo dapat join hangpa...

    ReplyDelete
  10. Salam Risik
    Tuan memang pakar risik dan tempur boleh jadi umno,bn,keadilan,macam le, pas,polis dan macam-macam bagus teruskan usaha anda menjadi perisik
    Muga kerja tuan beroleh kebahagiaan.
    Dari Wo Jo Wolo

    ReplyDelete
  11. hang pa x solat subuh ko....

    ReplyDelete
  12. Hehehe...wei perisik...baguih punya kita dok sembang sampai ke subuh noo...awatnya tak bangun lambat...sendiri cari pasal...

    Hang punya kepala dh licin mcm Pet...bukan uncle pet...tapi petra...

    Jumpa nanti dlm gathering bloggers nyamuk mcm kita nih di kl...wokey...chow

    ReplyDelete
  13. Jgn ikut dia wat 'kerja tu' dah le,..hehehe

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?