Friday, August 29, 2008

Isteri Pemimpin Jadi Contoh Lahirkan Masyarakat Prihatin Dan Penyayang - Jeanne

KUALA LUMPUR, 29 Ogos (Bernama) -- Isteri pemimpin harus menjadi contoh yang baik dalam usaha menjadikan masyarakat Malaysia sebagai prihatin dan penyayang, kata isteri Perdana Menteri Datin Seri Jeanne Abdullah.

"Pada hari suami kita dilantik menjadi wakil rakyat, secara automatik kita sebagai isteri perlu melaksanakan peranan sebagai ibu di kawasan suami masing-masing.

"Ini bermakna sebagai isteri wakil rakyat, kita mesti mendampingi masyarakat setempat agar kita disenangi dan diterima oleh mereka," katanya pada Majlis Penutup Kursus Peningkatan Ilmu Dan Keterampilan Diri Badan Amal Kebajikan Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) di sini hari Khamis.

Jeanne berkata seseorang wakil rakyat dan isterinya boleh dianggap berjaya sekiranya masyarakat di kawasan masing-masing berada dalam keadaan gembira, aman dan harmoni.

"Sebagai isteri pemimpin yang rapat dengan masyarakat, saya ingin menyeru kepada semua Ahli Bakti agar lebih kerap menjenguk kawasan masing-masing terutama kepada masyarakat yang memerlukan perhatian dan pembelaan kita," katanya.

Jeanne berkata anggota Bakti merupakan satu keluarga yang besar dan beliau berharap sebagai satu keluarga, perasaan saling hormat menghormati antara satu sama lain adalah penting dan juga berharap anggota Bakti dapat bekerja dengan penuh semangat dan sepasukan.

"Bagi ahli lama, berilah tunjuk ajar dan berkongsilah pengalaman anda sebagai isteri wakil rakyat yang senior dengan ahli-ahli baru...saya percaya banyak perkara menarik yang boleh kita pelajari dari ahli lama serta boleh dijadikan panduan," katanya.

Menurutnya dengan modul yang telah disediakan, ahli-ahli Bakti kini memahami struktur dan pentadbiran kerajaan, dasar-dasar negara serta cabaran sosial.

Kursus itu telah diadakan khas untuk ahli-ahli Bakti terutamanya ahli baru dan merupakan antara program penting Bakti.

Kursus lapan hari itu dijalankan dengan kerjasama Institut Tadbiran Awam Negara(INTAN) dan dihadiri 21 peserta yang terdiri daripada isteri menteri dan timbalan menteri.

No comments:

Post a Comment

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?