Tuesday, August 05, 2008

Ketua Polis Johor Elak Media

JOHOR BAHARU, 5 Ogos (Bernama) -- Usaha mendapatkan ulasan mengenai kehilangan bahan bukti kes dadah bernilai RM1 juta dari bilik bahan bukti Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor hari ini gagal apabila Ketua Polis Negeri Datuk Mohd Mokhtar Mohd Sharif mengelakkan diri dari pihak media.

Bertindak atas maklumat yang menyatakan Mokhtar sedang menghadiri satu mesyuarat, seramai lebih kurang lapan wakil media di sini telah berkumpul di perkarangan IPK Johor pada lebih kurang 10 pagi.

Mereka bagaimanapun kecewa apabila diberitahu Mokhtar tidak ada di situ sebaliknya melawat Ibu Pejabat Polis Dearah Kota Tinggi.

Timbalan Mokhtar, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah yang ditemui enggan memberikan ulasan sebaliknya memberitahu media agar berjumpa dengan Mokhtar sendiri.

Pihak media kemudiannya berkejar ke IPD Kota Tinggi pada pukul 11 pagi untuk mendapatkan Mokhtar.

Mereka kemudiannya bertembung dengan kereta yang dinaiki Mokhtar di taman perumahan Polis Kota Tinggi namun menyedari kehadiran media, pemandu kereta tersebut yang diiringi oleh tiga anggota trafik dan dua kereta peronda terus memecut ke arah bandaraya ini.

Pihak media yang kemudiannya sampai ke IPK Johor pada pukul 2 petang gagal sekali lagi untuk berjumpa dengan Mokhtar dan akhirnya bersurai pada lebih kurang pukul 3 petang.

Hari ini, tiga akhbar Media Prima - New Straits Times, Harian Metro dan Berita Harian - melaporkan berita kehilangan sebahagian dadah rampasan jenis syabu dari bilik bahan bukti itu minggu lalu yang dianggarkan bernilai kira-kira RM1 juta yang menjadi bahan bukti kes rampasan dadah bernilai RM48 juta Mac lalu.

Akhbar berkenaan melaporkan seorang pegawai bertugas mendapati mangga bilik berkenaan telah dirosakkan dengan asid.

Laporan juga menyebut satu laporan polis dibuat di Balai Polis Sentral di mana 60 orang pegawai dan anggota yang ditugaskan menjaga bilik berkenaan diarahkan menjalani ujian air kencing untuk mengenalpasti sama ada mereka terlibat dalam kehilangan dadah itu.

Hasilnya seorang pegawai ditahan Sabtu lalu setelah gagal ujian tersebut.

No comments:

Post a Comment

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?