SEPERTI mana dijanjikan sekiranya poll yang saya lakukan menunjukkan majoriti agar saya menulis dan mengisahkan tentang kejadian tepis tangan yang tidak sepatutnya berlaku terhadap Allahyarham Saufi Ayahanda, (Saufi Othman), maka saya akan menulis dan mencatatnya. Walaupun saya tidak perlu mendapat lesen dari penjenguk blog sekalian, namun dalam hal ini saya terpaksa berbuat begitu bagi mengelakkan saya sengaja berniat tidak baik kepada orang yang menepis tangannya.
Jadi sebaik sekejap tadi poll itu menunjukkan 51 peratus bersetuju saya tulis, maka kini saya tuliskan kisah berkenaan... bukan apa sekadar memenuhi janji saya kepada pejenguk setia blog saya. Kisahnya begini; satu malam kira-kira dua tahun lalu saya menerima panggilan telefon daripada Saufi ayahanda.
Selalu bila ada hal-hal yang berlaku dalam politik Kelantan beliau akan menghubungi saya samada bertanya atau memaklumkan sebagai bahan penulisan atau makluman saya. Terutamanya berkaitan dengan Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Beliau adalah seorang yang sangat sayang kepada Nik Aziz dan pernah menjadi tukang payung Nik Aziz di tempat-tempat ceramah. Peristiwa dan kejadian ini mungkin tidak pernah disaksikan oleh anak-anak murid baru Tok Guru itu atau mereka yang kenal Nik Aziz dalam masa setahun dua ini.
Eloklah bagi mereka ini membelek album lama perjuangan Pas untuk melihat bagaimana jerih perihnya perjuangan orang terdahulu, terutamanya sewaktu Pas kalah dan tidak berkuasa. Kalau syok sendiri dan taksub melulu tidak guna walaupun sebesar tahi cicak.
Eloklah bagi mereka ini membelek album lama perjuangan Pas untuk melihat bagaimana jerih perihnya perjuangan orang terdahulu, terutamanya sewaktu Pas kalah dan tidak berkuasa. Kalau syok sendiri dan taksub melulu tidak guna walaupun sebesar tahi cicak.
Saya dan Saufi ayahanda mengenali dan mengikuti perjuangan Nik Aziz mungkin lebih lama daripada Husam bin Musa, Mohd Amar bin Nik Abdullah, Takiyuddin bin Hassan dan lain-lain pemimpin Pas di Kelantan. Mereka ini muncul setelah Pas menang tahun 1990. Kata Ustaz Halim selepas kebun sudah berbunga dan berbuah. Masa kebun mula dibuka dulu mereka ini tidak pernah disebut pun.
Saufi ayahanda dan saya adalah antara penurut (pengikut) ceramah Nik Aziz dan pemimpin-pemimpin Pas lain sejak tahun 1978-an bersama Usta Halim Abdul Rahman, Cikgu Rahim Speaker, Omar Mohamad, Allahyarhaman Bunyamin Yaaocb dan lain-lain. Separuh daripada mereka juga sudah dipanggil Allah. Al Fatihah untuk mereka!
Saufi ayahanda dan Tok Guru juga bersahabat baik, Nik Aziz banyak mendapat maklumat politik dari luar parti menerusi Saufi ayahanda ini. Secara tidak rasmi Saufi ayahanda adalah spy tidak rasmi kepada Nik Aziz melaporkan apa-apa yang, baik yang berlaku dalam Pas dengan niat kebaikan Pas juga. Mereka sering kali makan nasi bungkus bersama, dan setelah Nik Aziz menjadi MB Allahyarham seperti menjurangkan diri! Mungkin birokrasi membuat Allahyarham jadi begitu.
Suaranya ketika menghubungi saya malam itu lirih dan sayu sekali. "Kenapa?" Tanya saya sedikit merujakan. “Budak seekor tu dah babuk, awang (dia membahasakan orang yang mesra dengannya sebagai buadak awang)”.
"Sapa?"tanya saya selamba saja. Mulanya ingatkan dia bergurau. "Budak Husam... (foto) dia nampakanya tidak boleh ditegur, basa budak babuk!" marah benar Allahyarham. Babuk dalam istilah orang Kelantan ialah mabuk, gila, keras kepala, degil dan bahlol. Istilah orang-orang tua Kelantan.
"Kenapa pula?" Tanya saya sedikit terkejut dan ingin tahu kedudukan sebenarnya. "Lain macam sahaja bunyinya," tambah saya. Apa yang tidak kena? Fikiran saya terawan-awan ketika itu.
"Ayahanda hulur tangan nak bersalam dengannya, ditepisnya tangan ayahanda. Budak bergepa lagu ni baru dapat kuasa sikit sudah lupa langit tinggi rendah...," komennya marah semakin meninggi. Seleps itu dia terdiam dan kemudian kedengaran isakan di hujung telefon. Saufi ayahanda menangis.
Saya jadi kehairanan sendiri kenapa sampai begitu sekali Husam lakukan kepadanya. "Apa yang tidak kena dengan Husam? Kenapa, apa sebabnya?" tanya saya berulang. Beliau terus terdiam di hujung telefon tidak terkata apa. Esakannya semakin menjamah hulu hati.
“Apa ceritanya, ayahanda... apa dia? Kenapa?" Saya paksa dia. Akhirnya dia bersuara sedih;
"Ayahanda ada gi ke pejabatnya baru-baru ni.... dan sebagai orang tua memberi tahunya mengenai fiil perangainya yang tidak pedulikan orang. Banyak ayahanda dapat maklumat orang bersunggut dan mengadu mengenai halnya. Jadi sebagai orang tua nak tengok dia jadi orang (pemimpin) ayahanda tegurlah dia...dengan niat baik, Sayuti!.
"Masa ayahanda masuk, dia sedang baca surat khabar tak pedulikan ayahanda langsung. Lalu ayahanda 'senjah' (tarik) surat khabar yang dia baca... dan dia nampak nak marah... Salahkah kalau ayahanda ceritakan apa yang disampaikan orang mengenainya. Namun dia tidak senang dan keluar opis tinggalkan ayahanda terkulat-kulat sendiri." cerita Allahyarham.
"Masa ayahanda masuk, dia sedang baca surat khabar tak pedulikan ayahanda langsung. Lalu ayahanda 'senjah' (tarik) surat khabar yang dia baca... dan dia nampak nak marah... Salahkah kalau ayahanda ceritakan apa yang disampaikan orang mengenainya. Namun dia tidak senang dan keluar opis tinggalkan ayahanda terkulat-kulat sendiri." cerita Allahyarham.
Takkan itu saja ceritanya, apa pula dengan cerita tepis tangan tadi? Cerita beliau lagi; "petang kelamrin ketika ayahanda pergi ke restoran Hamid di Pasir Pekan terjumpalah dengannya. Kebetulan ayahanda naik kereta Nik Amar. Sebaik turun kereta dia ternampak keluar dari restoran selepas makan, jadi... seperti biasalah ayahanda hulur tangan untuk bersalam dengannya, sebaik hulur dia tepis dan sambil berkata; "salam buat bergapa," lantas berlalu begitu saja, macam budak perangainya. Kelam ranya hati ayahanda, Sayuti."
"Eh... tak percaya rasanya budak Husam buat begitu kepada orang tua seekor ni. Apa salah orang tua ni sampai tak nak bersalam dan tepis tangan?" keluhnya benar-benar terkilan.
"Biarlahlah ayahanda mungkin dia ada masalah. Saya tahu benar perangainya. Bukan saja ayahanda seorang dia buat begitu, ramai lagi. Kalau dihimpunkan mungkin tidak cukup kertas nak tuliskannya," kata saya untuk membujuk hatinya.
"Saya tahu sebab masa baik dengannya ramai yang datang mengadu mengenai dirinya yang kurang mesra alam, minta saya suruh dia baiki perangainya!" tekan saya lagi.
"Tatapi ayahanda ni, orang tua budak awang, tidak patut dia buat begitu. Kalau ia pun tak sir bersalam tak payah tepis-tepis dan tak payah kata apa-apa, basa apa ni...!" luahnya tanpa dapat meredakan kemarahan kepada Husam.
Saya tidak melayani cerita ayahanda Saufi itu dan terimanya sebagai perbalahan anak dengan bapa sahaja. Carit-cari bulu ayam akan bercantum juga. Lagipun Husam sendiri banyak juga membantu ayahanda Saufi... terutamanya mengenai wang ringgit. Saya masih ingat Husam beritahu dia pernah memberi ole-ole berupa sebuah jam tangan kepada Saufi ayahanda.
"Mulai hari ini ayahanda jangan pergi opisnya lagi." Begitu nasihat saya dalam percakapan malam itu dan dibalas dengan berkata; "kalau ayahanda tidak gila, ayahanda tidak akan pijak ke pejabatnya lagi." Tidak dapat dipastikan apakah selepas itu Allayraham ada pergi ke pejabat Husam atau tidak. Tetapi ketika berjumpa dengannya di pejabat bekas Exco Nik Mazian Nik Mohamad beberapa minggu sebelum pilihan raya saya ada bertanya kepadanya, "Tak masuk ke pejabat Husam?" Allahyarham hanya menjebehkan mulutnya.
Mulanya saya tidak percaya kalau Husam tergamak menepis tangan Saufi ayahanda hanya kerana niat ikhlas Saufi terhadpanya. Masakan Husam hilang pertimbangan dan menjadi emosional begitu sekali? Dan saya masih mencari apakah sebab musababnya yang sebenarnya.
Seminggu selepas ayahanda menceritakan kejadian itu baru saya dapat tahu cerita sebenarnya menerusi orang bernama Hahsim Hj Omar (foto). Hashim ini ialah bekas wakil rakyat Pas Bandar Pasir Pasir Mas dan juga merupakan bekas Pegawai Khas Tok Guru Nik Aziz. Beliau dipecat oleh Tok Guru kerana beliau melayari vedio lucah di internet di pejabatnya di Pejabat Menteri Besar.
Hashim seorang veteran Pas yang kagum dengan gaya dan stail politik Husam. Pertemuan saya dengan Hashim di sebuah restoran ikan masak pedas di Kajang. Ceritanya begini: "Enta dah tahu cerita Pak Su Fi (Suafi Ayahanda)?"
"Cerita apa?", tanya saya.
"Cerita Pak Su Fi (Sufi) dengan Husam!".
"Kenapa?" tanya saya kehairanan. "Ada sikit tidak kena dan 'selehen'. Katanya Husam tampar tangannya dan enggan bersalam dengan Pak Su Fi semasa mereka berjumpa di restoran Hamid di Pasir Pekan."
"Kenapa?" (Bunyi macam Sultan tak nak bersalam dengan Tok Guru saja!), tanya saya.
Hashim sambil tergelak menceritakan. "Katanya Pak Su Fi ada jumpa dengan Tok Guru dan memberi tahu Tok Guru menurut beberapa orang tukang tilik yang dia (Pak Su Fi) jumpa, orang paling layak untuk ganti Tok Guru ialah Nik Amar bukannya Husam. Cerita nilah menyebabkan Husam marah dan terasa hati dengan Pak Su Fi. Husam marah sebab Pak Su Fi nampak beriya sangat nakkan kepada Nik Amar jadi MB. Dan cerita Pak Su Fi jumpa dengan Tok Guru ini khbarnya diketahui Husam."
"Cerita apa?", tanya saya.
"Cerita Pak Su Fi (Sufi) dengan Husam!".
"Kenapa?" tanya saya kehairanan. "Ada sikit tidak kena dan 'selehen'. Katanya Husam tampar tangannya dan enggan bersalam dengan Pak Su Fi semasa mereka berjumpa di restoran Hamid di Pasir Pekan."
"Kenapa?" (Bunyi macam Sultan tak nak bersalam dengan Tok Guru saja!), tanya saya.
Hashim sambil tergelak menceritakan. "Katanya Pak Su Fi ada jumpa dengan Tok Guru dan memberi tahu Tok Guru menurut beberapa orang tukang tilik yang dia (Pak Su Fi) jumpa, orang paling layak untuk ganti Tok Guru ialah Nik Amar bukannya Husam. Cerita nilah menyebabkan Husam marah dan terasa hati dengan Pak Su Fi. Husam marah sebab Pak Su Fi nampak beriya sangat nakkan kepada Nik Amar jadi MB. Dan cerita Pak Su Fi jumpa dengan Tok Guru ini khbarnya diketahui Husam."
Ooooo..
"Tapi selepas kejadian itu Husam datang ke rumah ana dan minta ana jumpa dengan Pak Su Fi. Ana pergi ke rumahnya di Kokcelong di Bachok dan selesai masalah yang berlaku itu. Memanglah Pak Su Fi sedih dengan kejadian itu," cerita Hashim sedikit tergelak.
Oooo.... saya merunggut dan melompong dan rasa geli hati pun ada mendengar cerita Hashim Omar yang saya panggil abang Hahsim. Saya percaya kepada apa yang diungkapkan itu kerana Hahsim seorang jujur dan tidak suka korner cerita. Kerana mengenalinya juga menyebabkan saya kurang percaya kalau Hashim seorang peminat laman porno di internet.
Saya tidak mahu mengulas panjang mengenai cerita di atas kerana nanti dianggap berpihak kepada mana-mana pula. Moral of the story yang terpapar dalam kisah tepis tangan ini ialah; jangan main-main dengan Husam dia bukan saja politician licik tetapi juga berani. Usahkan tangan Saufi ayahanda ditepis, tangan Muhammad Sabu pun pernah hendak dipatahkan! Yang ini kena tanya Muhammad Sabu sendiri!
Moral of the story kedua dari kejadian itu, betapanya Husam berminat untuk menjadi Menteri Besar Kelantan!
-.
dalam serius aku baca...tetiba ada pula lawak king suka tgk citer prono...astagaa......
ReplyDelete