Thursday, August 21, 2008

Konspirasi!- Ngeh Koo Ham

Pengerusi DAP Negeri merangkap Exco Kanan Negeri Perak, Datuk Ngeh Koo Ham pagi tadi menjelaskan bahawa kes penangkapan dua Exco Perak beserta tiga lagi merupakan satu konspirasi Umno untuk menjatuhkan kerajaan PR Perak menjelang 31 Ogos ini.

Dalam temuramah dengan wartawan selepas mahkamah memerintahkan tahanan reman selama dua hari terhadap YB Jamaludin sebentar tadi, Ngeh memaklumkan tentang beberapa tindakan BPR yang bertentangan dengan apa yang dinyatakan kepada media semalam.

Dalam kenyataan kepada media semalam, BPR menyatakan bahawa dua EXCO telah ditangkap, sedangkan YB Jamaludin sedang berada diPermatang Pauh pada masa itu. YB Jamaludin hanya kembali ke Ipoh malam tadi untuk memberikan bantuan tetapi telah ditahan.

Begitu juga dengan kenyataan BPR mengatakan bahawa mereka ditangkap dihotel adalah satu pembohongan, sebaliknya kedua-dua Kapt (B) Usaili Alias dan Kapt (B) Osman ditangkap ketika sedang minum di Kluang Cafe, Ipoh Raya.

Pagi tadi, ketika YB Jamaludin dibawa kemahkamah, BPR mendakwa YB Jamaludin meminta wang suapan berjumlah RM5,000 daripada seorang yang tidak dikenali.

Amat jelas, tindakan yang dibuat oleh BPR ini merupakan satu perancangan untuk menimbulkan kegelisahan dikalangan rakyat Perak.

Ngeh juga mempersoalkan tentang mengapa tiada tindakan diambil terhadap laporan yang dibuat terhadap Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali, walaupun segala bukti telah diberi. BPR sepatutnya menunjukkan bahawa mereka bebas dari telunjuk BN dalam mengambil sesuatu tindakan.

-PerakExpress

No comments:

Post a Comment

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?