Wednesday, August 06, 2008

Lebih 50 peratus katakan 'Tidak' pada Umno

Selain populariti Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi yang jatuh merudum lebih 50 peratus, hasil kajian Merdeka Centre baru-baru ini juga membuktikan 58 peratus responden menyatakan 'tidak' kepada Umno sebagai parti yang memenuhi aspirasi dan kehendak rakyat.

Kajian yang dibuat pada Julai lalu yang melibatkan sejumlah 1,030 rakyat Malaysia memaparkan populariti Abdullah pada November 2004 adalah dalam kedudukan 91 peratus iaitu merupakan rekod yang tertinggi tetapi jatuh kepada 61 peratus setelah sepenggal menjadi Perdana Menteri.

Lebih mengejutkan ianya terus menjunam kepada 53 peratus pada bulan April sejurus selepas 8 Mac dan yang terkini jatuh kepada 42 peratus.

Kata Naib Presiden KeADILan Azmin Ali bahawa maruah Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi terus merosot sekaligus memberikan gambaran prestasi ekonomi, pelancongan, pelaburan berada di tahap 'paras hidung' malah jika silap langkah pastinya Malaysia berada di kelompok negara miskin.

Selain itu, berhubung sama ada Dato' Seri Najib Razak boleh menjadi seorang Perdana Menteri yang baik, kajian Merdeka Centre itu menunjukkan 47 peratus menyatakan 'Tidak' dan memberikan respon yang negatif.

Manakala sejumlah 55 peratus responden pula tidak percaya dakwaan liwat terhadap Anwar, 11 dan 26 peratus percaya fitnah tersebut dan selebihnya tidak pasti sama ada dakwaan itu benar atau sebaliknya malah dakwaan terhadap Anwar itu dikaitkan dengan motif politik dipercayai oleh sejumlah 66 peratus responden.

Majoriti responden sudah hilang keyakinan kepada badan kehakiman, Jabatan Peguam Negara dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menjalankan tanggungjawab secara adil dan telus terutama membabitkan kes dakwaan liwat Anwar yang terkini.

Hasilnya sejumlah 50 peratus tidak percaya kepada badan kehakiman, 53 peratus Peguam Negara manakala 55 peratus terhadap polis.

Bagi Penasihat DAP Lim Kit Siang yang mendedahkan hal sama menggesa Abdullah dan kerajaan BN menggugurkan tuduhan liwat terhadap Anwar sebagai langkah untuk menamatkan krisis keyakinan rakyat terhadap beliau dan kerajaan pimpinannya memulihkan kembali poltik semasa, ekonomi dan krisis pembinaan bangsa.- tmj_

-HarakahDaily

No comments:

Post a Comment

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?