Thursday, August 14, 2008

Liwat: Saiful akan muncul mengumumkan tarikh angkat sumpah esok?

PETALING JAYA: Bekas pembantu peribadi kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Mohd Saiful Bukhari Azlan mungkin akan muncul untuk mengumumkan sendiri tarikh mengangkat sumpah berhubung isu tersebut yang dijangka diadakan esok.



Menurut peguamnya, Zamri Idrus, Saiful mungkin akan muncul untuk memberi kenyataan pengumuman tarikh sumpah berkenaan.



“Saya tidak berani memberi jaminan Saiful akan muncul atau tidak. Tapi kemungkinan itu ada,” katanya kepada mStar Online hari ini.



Pada 31 Julai lalu, Saiful menyatakan beliau bersedia untuk bersumpah dengan al-Quran sejurus siasatan polis terhadap kes tersebut selesai.



Ketika ditanya sama ada tarikh angkat sumpah berkenaan sudah ditetapkan, Zamri berkata:



“Tarikh tersebut akan diumumkan bila tiba masanya. Yang pasti ia akan diadakan dalam tempoh terdekat."



“Persiapan diatur mengikut lunas-lunas Islam. Kami sedang buat persiapan ke arah itu. Semuanya sedang diatur,” katanya.



Namun ketika ditanya di manakah tempat angkat sumpah berkenaan akan diadakan, peguam Saiful itu bagaimanapun enggan megulas.



Pada 28 Jun lalu Saiful menggemparkan negara apabila membuat laporan polis mendakwa dirinya diliwat beberapa kali oleh majikannya dengan kali terakhir, dua hari sebelum tarikh tersebut, di sebuah kondominium mewah di Bukit Damansara.



-mSTAR Online

4 comments:

  1. BORING betul dengan apa-apa saja berita mengenai episod nak bersumpah ini. lebih pada ini pun sanggup manusia buat. bunuh, potong kepala, tangan kaki, rogol/incest, letup tikam ibubapa, zina remaja.., APA LAGI YANG DAPAT KITA BANGGAKAN DENGAN NEGARA MALAYSIA tercinta ni...sepatutnya kita bersaing2 untuk kecemerlangan ...kebaikan untuk keluarga, bangsa negara. tq zenith

    ReplyDelete
  2. banggalah mempunyai Universiti untuk bumiputera je...lepas ni tukar universiti kepada universetan bumiputera..

    ReplyDelete
  3. Bersumpah belum cukup. Tunjuk bontot jugak supaya orang lebih percaya

    ReplyDelete
  4. gile...xder kemaluan betui ler...bior lantaknye di makan sumpah...
    dia main2 dgn tuhan...dia jwb ler sorg2 nanti...tuhan kalo x tunjuk skrg, dia tunjuk nanti2...kite tgk jer ler...
    dose dgn tuhan bleh mintak ampun lg...dose dgn manusia...x aman dia nak mati nanti....'walaa tulku bi aidii kum ilattahlukah'..jgn lah mencampakkan diri kamu kedalam kebinasaan....calo betey...

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?