KUALA LUMPUR, 30 Ogos (Bernama) -- Sempena sambutan perayaan Ambang Merdeka di ibu kota Sabtu malam, perkhidmatan komuter akan dilanjutkan sehingga pukul 2 pagi Ahad bagi kemudahan orang ramai.
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dalam kenyataan akhbarnya berkata perkhidmatan tren tambahan ini beroperasi di semua laluan perkhidmatan KTM Komuter meliputi laluan Seremban-Rawang-Seremban, Sentul-Pelabuhan Klang-Sentul dan Rawang-Kuala Kubu-Rawang.
Katanya perkhidmatan tambahan bermula pada 11 malam dan ketibaan tren adalah setiap 20 minit.
Orang ramai juga dinasihatkan membeli tiket perjalanan dua hala bagi mengelak kesesakan di mesin jualan tiket.
TP -maka berbodong-bodong lah nak-nak muda membawa segala yang berharga ke ibukota/e untuk menjaja untung nasib...untung baik, dapat menuai hasil sembilan bulan lagi... untung tak baik, dapat menadah bontot untuk serotan dua...apalah ada pada nafsu? serakah itu tak penting, yang penting "perayaan"...ayuh kita merdekakan diri mereka...
No comments:
Post a Comment
Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.
Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?