Saturday, August 02, 2008

Masa PAS bukti kesetiaan Pakatan Rakyat - Husam

SEREMBAN: Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa berkata, parti itu akan menggerakkan seluruh jenteranya bagi memastikan kemenangan Anwar selaku calon Pakatan Rakyat pada pilihan raya kecil itu.

"Ini juga masanya untuk kita (PAS) membuktikan kesetiaan terhadap Pakatan Rakyat, apatah lagi dengan pelbagai berita tentang kerjasama PAS dengan Umno yang digembar-gemburkan oleh media sejak kebelakangan ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis Konvensyen PAS Negeri Sembilan.

Katanya, PAS tidak memandang rendah kemampuan calon BN walaupun yakin kawasan Parlimen Permatang Pauh merupakan kawasan selamat bagi Anwar.

"Keyakinan untuk Anwar menang pada pilihan raya kecil itu memang ada, namun kita tidak boleh memandang rendah kepada calon BN kerana BN berkemampuan mengerah seluruh jenteranya.

"Oleh itu, kita harus berhati-hati dalam menghadapi situasi tersebut," katanya.

-mSTAR Online

No comments:

Post a Comment

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?