Aduh...malunya orang kampung halau...Ingat PR saja tak suka kat kami...Orang kampung pun meluat...Malu...Malu...Malu...makkkkkkk......abahhhhhhh....abang jeb.....
Lawatan Dato’Seri Najib Razak menjadi kecoh apabila orang kampong keluar untuk menunjuk perasaan.Beliau yang dalam perjalanan pulang dari Seberang Jaya dan singgah untuk melawat bilik puteri UMNO di kampong tersebut telah disambut dengan tunjuk perasaan memprotes kehadiran beliau .Penduduk kampong mula berkumpul apabila kelihatan para pergerakan putera UMNO berkumpul beramai-ramai.Mereka memprotes kerana mendakwa bahawa puteri UMNO telah membina khemah di atas tanah yang statusnya dimiliki oleh seorang warga Singapura dan tanah itu juga telah berpindah milik dari beberapa orang pemimpin UMNO sebelum ini sehingga terlepas ketangan orang asing.malah tidak ada seorang pun puteri UMNO berasal dari kampong tersebut begitu juga putera UMNO yang hadir. Mereka adalah dari luar kampong tersebut.Perasaan inilah yang menyebabkan orang kampong menjadi marah kerana menurut pendudk kampong Kubang Semang,tidak ada sedikit pun anak tempatan di bilik gerakan puteri UMNO tersebut.
Kes berat nih di pmtg pauh untuk kalahkan anwar...takkan nk suruh si sesumpah pulak bersumpah dia kena liwat?hehehe
Dato Seri Najib yang singgah selama 15 minit tidak mengeluarkan sebarang kenyataan dan bergegas lalu dari situ secara tergesa-gesa dan penduduk kampong mengejek beliau.Tunjuk perasaan selama hampir 30 minit sebelum dan selepas kehadiran Dato Najib itu berakhir apabila beliau beredar dari situ.Sebelum itu,orang kampong yang tahu akan kehadiran Najib mula berkumpul beramai-ramai sekitar jam 4.00 petang kerana melihat kelibat putera UMNO.Beberapa kain rentang ditujukan kepada ahli-ahli UMNO yang berkumpul.Keadaan menjadi bertambah kecoh dengan masing-masing berkumpul.Hampir separuh anak-anak muda dan orang-orang kampong tersebut keluar untuk melihat kejadian tersebut kerana merasakan kehadiran bilik gerakan tersebut tidak harus ada dikampung mereka.malah ada yang menjerit “keluar dari kampong kami”,”jangan ceroboh kampong kami”.Kesesakkan jalanraya berlaku hampir 10 kilometer kerana masing-masing ingin melihat dan memperlahankan kenderaan dan kehadiran unit FRU.
Malah menurut orang ramai yang hadir,kebanyakkan putera UMNO seolah-oleh macam budak-budak sekolah yang dipergunakan.Mereka tidak seharusnya dipergunakan kerana musim cuti persekolahan ini...
No comments:
Post a Comment
Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.
Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?