Tuesday, August 12, 2008

Persiapan Menjelang P-044

PETI UNDI.... Pekerja Jabatan Kerja Raya negeri memunggah kotak yang mengandungi peti undi yang diambil dari tempat simpanan di setor Negeri Jabatan Kerja Raya, Jalan JKR, Sungai Pinang ke dalam lori di Pulau Pinang semalam.

Peti undi berkenaan akan dihantar ke Pejabat Daerah Bukit Mertajam sebagai persiapan bagi menghadapi pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh yang dijadual akan diadakan pada 26 Ogos ini.

Pilihan raya itu diadakan berikutan peletakan jawatan penyandangnya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada 31 Julai lepas bagi memberi laluan kepada suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) bertanding kerusi tersebut.

No comments:

Post a Comment

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?