Thursday, August 21, 2008

PKR dakwa pengundi disogok wang

PKR mendakwa ada pengundi di Parlimen Permatang Pauh disogokkan wang antara RM50 dan RM300 seorang dan salinan kad pengenalan mereka diambil.

tian chua 03Ketua Penerangan PKR, Tian Chua, pihaknya menerima maklumat mengenai perkara tersebut dan sedang mengumpul bukti yang lebih kukuh.

"Kita menggalakkan orang yang menerima wang itu tampil ke depan, tetapi ini sulit sedikit kerana mereka takut.

"Kerana itu kita merasa yakin mereka tidak berani untuk berbuat demikian," katanya dalam sidang media di Yayasan Aman di Permatang Pauh hari ini.

Bagaimanapun, Tian Chua tidak menyebut pihak yang membuat sogokan dan mengambil salinan kad pengenalan.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan pengundi supaya tidak terperangkap kerana ia boleh menyebabkan mereka tidak boleh mengundi.

PKR, katanya, tidak boleh mengambil tindakan kerana tidak mempunyai kuasa penguatkuasaan.

Cuba halang

Dalam sidang media tersebut, Tian Chua juga mengulas mengenai tindakan polis menahan Timbalan Ketua PKR Bahagian Batu, Kamil Abdul Samad.

"Kamil cuba menghalang orang daripada memukul petugas jurugambar pada hari penamaan calon 16 Ogos lalu dan mengalami sedikit kecederaan dalam insiden tersebut.

"Semalam dia pergi ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul untuk melaporkan kejadian tersebut tetapi sebaliknya ditahan.

"Pada mulanya pegawai polis di IPD Seberang Perai Tengah menasihatkan beliau supaya melaporkan diri di mana-mana balai polis," katanya.

Tian Chua berkata, beberapa foto yang disiarkan dalam akhbar menunjukkan petugas PKR hendak menghalang perkara itu (menyerang jurugambar) berlaku.

Katanya, mereka yang ditangkap polis itu kebanyakannya memegang jawatan dalam PKR dan ini merupakan satu kempen untuk memburukkan parti itu.

"Kita kesal kerana pihak polis telah diperalatkan dalam kempen pilihanraya Permatang Pauh," tambahnya.

-malaysiakini

No comments:

Post a Comment

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?