Semakin hampir berlangsungnya pilihan raya kecil Permatang Pauh, semakin kuat Umno memperlihatkan pergantungannya kepada punggung Mohd Saiful Bukhari Azlan untuk menghadapi pilihan raya itu ."
Umno seolah-olah menjadikan punggung Saiful sebagai talian hayatnya,"
"Umno begitu mabuk dengan tuduhan liwat dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh. Kepentingan rakyat dan negara semuanya seolah-olah diletakkan pada kedudukan nombor 50 atau nombor 60. Mabuk nombor satu Umno ialah tuduhan liwat,
"Saya sifatkan tindakan Umno itu akan menghakiskan lagi kepercayaan rakyat kepada parti itu.
"Nampaknya Umno dalam keadaan sangat tertekan dan tidak berupaya membersihkan segala kekotoran mereka. Keputusan rakyat (dalam pilihan raya 8 Mac lalu) langsung tak jadi teladan.
"Umno seolah-olah begitu asyik dengan pembohongan, tuduhan yang zalim dan fitnah,"
"Mengapa Umno begitu terdesak sehingga menggunakan punggung yang busuk untuk menyembunyikan penyalahgunaan kuasa dan perbuatan kotor?" beliau mempersoalkan sambil menegaskan kezaliman tidak boleh ditutup dengan kebusukan yang jelek.
-Weblog Mahfuz Omar
No comments:
Post a Comment
Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.
Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?