Ketua Puteri UMNO Datuk Noraini Ahmad berkata, sebaliknya ia akan menjadi dorongan kepada sayap UMNO itu untuk bekerja keras dalam pilihan raya itu.
Beliau berkata demikian selepas menyampaikan cek pencen penakat berjumlah RM78,332 kepada Puan Rudzaini Mohamad Said, balu kepada seorang pencarum Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Md Zalai Salim di Kg Tok Muda, Kapar di sini.
Menyentuh pemilihan Puteri UMNO pada kali ini, beliau yang juga Timbalan Menteri Sumber Manusia berkata tidak ada peralihan kuasa sebagaimana beliau menerima jawatan itu daripada bekas Ketua Pergerakan itu Datuk Azalina Othman Said pada pemilihan sebelum ini.
Noraini tidak bertanding mempertahankan jawatannya pada kali ini kerana pada 7 Nov ini beliau mencecah 41 tahun, melebihi had umur bagi seorang Ketua Puteri.-mSTAR Online
No comments:
Post a Comment
Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.
Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?