Tuesday, August 19, 2008

Puteri tubuh unit IT pantau 'blog phorno"

PP: Selain kempen dari rumah ke rumah, Pergerakan Puteri Umno turut mengambil pendekatan memantau beberapa blog yang boleh menjejaskan persiapan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil di Permatang Pauh 26 Ogos ini.

Naib Ketua Puteri Umno, Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata Puteri Umno telah menubuhkan satu unit teknologi maklumat (IT) bagi memantau blog-blog yang disifatkan sebagai 'nakal' itu.



"Kami sedar blog-blog ini sudah wujud dan mereka cuba menjatuhkan kredibiliti BN dengan pelbagai tuduhan dan tohmahan," katanya di sini hari ini.



Rosnah yang mengetuai jentera pilihan raya Puteri BN di Permatang Pauh berkata, pilihan raya umum Mac lepas membuktikan blog-blog seperti itu dapat menarik perhatian pembaca muda.



Katanya Puteri Umno menambah kekuatan jentera pilihan rayanya semasa tempoh berkempen sekarang.



"Lebih kurang 600 lagi anggota Puteri Umno akan turun dalam masa terdekat bagi membantu 1,500 ahli jentera Puteri Umno yang sudah berkampung di sini," katanya.



Beliau berkata tambahan anggota Puteri dari seluruh negara itu merupakan permintaan anggota sendiri itu yang terpanggil untuk membantu jentera BN.



Katanya Puteri Umno masih meneruskan kempen dari rumah ke rumah bersama Wanita Umno dan juga mengadakan lebih banyak program kemasyarakatan termasuk daripada segi pendidikan.



Selepas dua hari penamaan calon, Rosnah berkata maklumat balas daripada penduduk di Permatang Pauh mengenai calon BN Datuk Arif Shah Omar Shah adalah sangat positif.



"Calon kita bukan calang-calang orangnya dan tidak boleh diperkecilkan. Karektor beliau yang telah berkhidmat sebagai ADUN Seberang Jaya merupakan satu kelebihan," katanya.



Mengenai kejadian anggota Puteri Umno diraba dan diludah semasa penamaan calon Sabtu lepas, beliau berkata kejadian itu tidak menjatuhkan semangat jenteranya dan menganggapnya sebagai cabaran untuk mereka bekerja lebih keras.



Pilihan raya kecil itu melibatkan pertandingan tiga penjuru antara Arif Shah, Penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim dan calon Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM) Hanafi Mamat.



-KLpos



TP - agak-agak korang la...blog yang macam mana la yang dikategorikan sebagai blog nakal tu?aku bila dengar blog nakal ni teringat pulak dekat blog-blog phorno yang banyak kat dalam cyber ni...Puteri UMNO tengah pantau blog-blog tu ke?"nakal" jugak Puteri-puteri UMNO ni ye...sanggup tubuhkan unit IT semata-mata nak pantau blog-blog phorno...agaknya berlendir-lendir la pondok-pondok panas depa tu dek kerana ke"nakal"an mata ye...sambil-sambil pantau, sambil-sambil "merantau"...huhuhu...tak abis-abis melucah bebudak puteri nih...

No comments:

Post a Comment

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?