oleh - saleh gong
Salam,kali ni pok leh nok story pasal exco kanan kite,RAzif abd Rahman,Razif ni bekas guru,dia dipilih menjadi calon barisan nasional di kawasan seberang takir oleh kerana dato nasir terpaksa dipindahkan bertanding di parlimen kerana abang razif iaitu azmi telah digugurkan dalam pilihanraya baru-baru ini.Pada mulanya semua orang pelik mengapa Razif dilantik menjadi Exco kanan??
Razif masih baru,bagaimana dengan rozi,khazan dan lain-lain yang lebih berpengalaman dari Razif,rupanya terbongkar lah cerita,Ahmad melantik Razif sebagai Exco kanan adalah atas nashat dari sahabat beliau iaitu Dato Nasir Fikri.Nasir juga adalah orang yang bertanggungjawab membawa Azmi dan Razif kedalam bidang politik.Seperti yang dijangka jika si abangnya(azmi) dah derhaka maka adiknya(razif) pun ikot jugak,Razif telah mengarahkan supaya mana-mana cawangan yang belum mengadakan mesyuarat agung cawangan supaya mencalonkan beliau sebagai timbalan ketua dan Azmi sebagai ketua bahagian,adakah logik 2 beradik memegang jawatan tertinggi dalam parti???
yang lebih hangat,baru-baru ni razif ada bercakap kepada seorang vateran Umno,'kalau mu sokong Dato Nasir,aku kerat mu,aku dok beri mende-mende doh ke mung',ada pula yang menceritakan razif berkata 'saya adalah exco kanan negeri,sekarang mb ada di mekah,jadi sayalah mb,urusan mb semua saya uruskan,majlis mb semua saya pergi,jadi saya mb terengganu sekarang ni',apa sikap ni,baru jadi exco 2,3 bulan dah nak berlagak?pok leh dok paham dengan pemimpin kite lening,dok mcm dulu-dulu,ke guane???
TP - ni bukan kes kaduk naik junjung ni pok leh...ni kes kaduk nok kene pelempang nih...!!!
No comments:
Post a Comment
Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.
Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?