Thursday, August 07, 2008

Seminar Draf KL 2020 Pelan Bandaraya Kampung Baru 19 Ogos Ini

KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Bernama) -- Penduduk Kampung Baru yang masih kurang faham mengenai Draf Kuala Lumpur 2020 Pelan Bandaraya Kampung Baru digalak menyertai seminar mengenai perkara itu yang akan diadakan pada 19 Ogos ini di Hotel Legend di sini.

Naib Presiden Persatuan Pembangunan Kampung Dr Mohd Yusof Ismail berkata seminar itu antara lain bertujuan meningkatkan kefahaman pemilik-pemilik tanah mengenai aspek-aspek tertentu Draf Kuala Lumpur 2020.

"Dengan ini bolehlah pemilik-pemilik tanah membuat kesimpulan mengenai faedah yang mereka boleh perolehi daripada pembangunan Kampung Baru," katanya dalam satu kenyataan media, di sini, Rabu.
Dr Mohd Yusof berkata seminar itu yang akan diadakan secara percuma akan melibatkan penyertaan pakar-pakar profesional seperti perancang bandar, arkitek, jurutera dan syarikat pembangunan hartanah Bumiputera untuk meneliti kesesuaian aspek-aspek tertentu pelan berkenaan bagi membantu meningkatkan kefahaman pemilik-pemilik tanah.

Katanya hasil percambahan pandangan dan interaksi antara kedua-dua kumpulan profesional dan pemilik-pemilik tanah Kampung Baru akan dikumpulkan sebagai pandangan awam, untuk disalurkan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi memenuhi Akta Perancangan Wilayah Persekutuan sebelum Deraf Pelan Bandaraya Kuala Lumpur 2020, Jilid 4:Kampung Baru diterimapakai.

Bagi mereka yang berminat menghadiri seminar berkenaan bolehlah menghubungi Che Wan Ahmad dari syarikat Identiti Focus Sdn Bhd di talian 03-78043289/016-9336433 atau Dr Mohd Yusof di talian 012-2353940 untuk mendapatkan maklumat lanjut.

No comments:

Post a Comment

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?