Pencarian tapak yang strategik sebenarnya telah bermula selepas Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato' Seri Anwar Ibrahim mengumumkan akan bertanding pada pilihan raya kecil Permatang Pauh pada 26 Ogos ini bagi menggantikan isterinya, Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang memberi ruang untuknya bertanding sekaligus memenangi kerusi panas itu semata-mata melayakkan dirinya menerajui Malaysia.
Tinjauan Harakahdaily hari ini mendapati semua markas atau bilik gerakan mula dipasang bendera masing-masing .
PAS, DAP dan KeADILan seperti biasa akan berkongsi markas di serata lokasi untuk mempertahankan kerusi yang dimenangi tiga kali berturut-turut oleh bekas Ahli Parlimen Parlimen Pauh yang juga Presiden KeADILan.
Beliau berjaya mempertahanankan kemenangan besama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir, Mohd Hamdan Abdul Rahman sejak tahun 1999 lagi.
KeADILan menjadikan Pejabat Yayasan Aman yang terletak di pekan Penanti sebagai Markas Besar Pilihan raya Kecil Permatang Pauh, PAS pula di Pusat Khidmat Dun Permatang Pasir, DAP di Taman Aruwana, Permatang Pauh manakala Barisan Nasional (BN) Pejabat Umno Bahagian di Sungai Semambu, Bukit Mertajam.
BN hari ini seolah mendahului melekatkan lambang daging merentangi jalan contohnya di Pekan Permatang Pauh serta berhadapan pejabat besar parti itu di Sungai Semambu.
Lain-lain parti Pakatan Rakyat belum menampakan kecenderungan menaikkan 'mood' untuk berlawan sehinggalah tarikh perlawanan sebenar melainkan di sekeliling markas sahaja seperti di Bilik Gerakan Angkatan Muda KeADILan Pusat di Taman Cermai, Sama Gagah.
Piiihan raya kecil tersebut menjadi perhatian bukan sahaja seluruh Malaysia bahkan dunia kerana ia merupakan pertarungan hidup mati masa depan politik antara BN dan Pakatan Rakyat.
Maka, kedua-dua belah pihak terpaksa bertungkus lumus mencari calon terbaik terutamanya Umno-BN kerana mereka merupakan penentang di parlimen ini.
Memang diduga, ketokohan Dato' Seri Anwar tiada bandingnya tetapi Umno cuba mencari seorang tokoh yang berkalibar di kalangan penduduk tempatan bagi menentang calon bakal Perdana Menteri itu.
Hendak dijadikan cerita, Umno sampai hari ini masih 'pening' mencari calon pilihan kerana semua yang ada orang utara kata 'dongoi-dongoi' belaka melainkan bekas Adun Penanti merangkap Ketua Bahagian Umno Permatang Pauh, Dato' Jalil Abdul Majid dan bekas calon Parlimen yang kalah dua kali berturut-turut pada Dato' Seri Dr Wan Azizah.
Ada pula cakap-cakap rakyat di Permatang Pauh, Dato' Jalil tidak layak kerana sikapnya yang 'slow' dengan rakyat apatah lagi berpidato berapi-api macam pencabarnya jika beliau dipilih.
Yang lain semuanya bimbang kalah. Jika kalah Umno akan tinggalkan bekas calon itu keseorangan tanpa mengganggap 'hero' kerana menyelamatkan maruah Umno-BN dari kalah sebelum bertanding.
Tetapi apapun, bagi penganalisa dan pemerhati politik tanahair keputusan pilihan raya kecil ini akan mempengaruhi arena politik tanahair untuk terus membawa Malaysia ke gerbang kegemilangan yang diharapkan suatu hari nanti sekaligus meletakkan Malaysia antara negara yang bertamadun dan maju pada 2020. - mks._
No comments:
Post a Comment
Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.
Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?