Saturday, August 23, 2008

Skandal Dana P-044: DAP Desak Polis Siasat Musa Aman

Parti Tindakan Demokratik (DAP) membuat laporan polis terhadap Ketua Menteri Sabah berhubung Skandal Penyeludupan dan Penggubahan Wang Haram yang dilakukan oleh seorang yang dipercayai mempunyai hubungan rapat dengan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.

Laporan berkenaan di buat di Balai Polis Sentul pada hari ini (22 Ogos 2008) pada jam 11.44 pagi, melalui laporan bernombor SENTUL/011166/08 yang antara lain menyebut bahawa Skandal berkenaan amat serius kerana melibatkan Ketua Menteri Sabah dan telah mendapat liputan meluas media di seluruh dunia.


"Perkara ini amat serius. Bukan jumlah yang kecil. Jumlah yang dilaporkan terlalu besar iaitu RM16 juta dan paling penting ianya dikaitkan dengan seorang Ketua Eksekutif Kerajaan Negeri Sabah, iaitu Datuk Musa Aman secara peribadi," ujar Lim Kit Siang yang menggesa polis menjalankan siasatan menyeluruh secara profesional.

Lim yang ditemani oleh Ahli Parlimen Api-Api Dr Hiew King Chiew; Adun Sri Tanjung Jimmy Wong; Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng dan Majlis Tertinggi DAP Sabah Edward Muji membuat laporan polis setelah menyedari isu ini memalukan Malaysia kerana rakyatnya di tangkap di luar negara melakukan jenayah dan membabitkan pembesar negeri.

Dalam kenyataan ringkasnya, Lim mencabar Ketua Menteri Sabah untuk membersihkan namanya daripada tuduhan serius berkenaan kerana ianya merupakan tindakan khianat kepada Negara jika RM16 juta yang cuba di seludup masuk ke Malaysia oleh Michael Chia berkaitan secara langsung atau tidak langsung dengan Musa Aman.

"Isu ini semakin hangat di Permatang Pauh dan saya mencabar Musa menjelaskannya di Permatang Pauh dalam kempen BN di sini," cabar Lim yang agak terkejut kerana laporan media seolah-olah memberi gambaran sebenar dan dipercayai rakyat.


-Malaysia Today


klik [ sini ] untuk laporan berita sebelumnya

No comments:

Post a Comment

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?