Thursday, August 07, 2008

Sufiah setuju rawatan Islam

Sufiah setuju rawatan IslamKUALA LUMPUR: Wanita genius matematik, Sufiah Yusof, 23, yang terjerumus ke kancah pelacuran akhirnya bersetuju menerima pelawaan Kumpulan Penyokong dan Pengasuh Profesional Islam (Pisang) menjalani rawatan mengikut kaedah Islam untuk kembali ke pangkal jalan, sekitar Oktober depan.

Pengarah Perancangan dan Strategi Pisang, Hanafi Abdul Malek, berkata persetujuan Sufiah menemui wakil Pisang bagi mengikuti sesi kaunseling dan rawatan selepas Aidilfitri ini, membuka laluan untuk membantu wanita itu yang kini menjadi pelacur kelas atasan di kota London.

Menurutnya, Pisang sentiasa menggunakan pendekatan tidak mendesak atau memaksa yang mungkin menyebabkan Sufiah terpanggil untuk berjumpa wakil kumpulan itu sekali lagi selepas pertemuan pertama April lalu bagi menjalankan rawatan komprehensif merangkumi kaunseling dan perubatan Islam.

Katanya, Pisang akan menjalankan rawatan secara kaunseling dan rawatan berlandaskan hukum agama terhadap Sufiah iaitu dengan perubatan ruqyah menggunakan bacaan al-Quran dan doa supaya wanita berketurunan Melayu itu meninggalkan kerjaya mengaibkan itu.

“Kita menggunakan doa yang disertai kaunseling agar dapat melembutkan hati Sufiah selain memujuknya tanpa gopoh. Dia seorang wanita dewasa yang pintar, sudah tentu kita tak boleh sewenang-wenang memarahi atau mendesaknya.

“Kalau dulu dia langsung tidak mahu berkomunikasi dengan sesiapa walaupun melalui e-mel, alhamdulillah dia kini sudah mula menghantar e-mel kepada kami,” katanya yang baru selesai menghadiri majlis perasmian ibu pejabat Pisang di Kota Kinabalu, semalam.

Menurutnya, Pisang juga menyediakan perkhidmatan merawat mereka yang terkena sihir, khidmat kaunseling dan bimbingan menggunakan kaedah rawatan Islam selain perkhidmatan penerbitan dan penterjemahan.

Hanafi yang juga Pengerusi Yayasan Sahabat Insan dan Iman Malaysia (Sidim), berkata tidak adil bagi mana-mana pihak memarahi atau menghukum Sufiah kerana setiap manusia pernah melakukan kesalahan.

Malah, katanya, Sufiah terharu dan gembira apabila pihak Pisang dan Kesatuan Melayu United Kingdom sudi membantunya secara sukarela selain sentiasa memahami situasi yang dilaluinya.

Dalam pertemuan terakhir dengan Sufiah April lalu, wanita itu turut terharu apabila diberitahu masyarakat negara ini sentiasa mendoakan kesejahteraan dan mengikuti perkembangannya di London sejak dia diterima memasuki Universiti Oxford pada usia 13 tahun.

“Kami tidak pernah mendesak Sufiah, sebaliknya memahami masalah dihadapinya serta memberikan ruang kepadanya sehingga beliau benar-benar bersedia.

“Sufiah dapat menerima kehadiran kami kerana kami tidak pernah memarahi atau mengutuknya seperti dilakukan segelintir masyarakat tempatan yang melemparkan pelbagai tohmahan, termasuk menuduhnya tidak bermoral.

“Jadi, persetujuan Sufiah untuk bertemu kami Oktober ini menandakan beliau sudah bersedia dan satu perkembangan baik dalam usaha Pisang membantunya,” katanya.

-TMB

1 comment:

  1. Sufiah boleh di ubat hanya dengan satu cara. Jumpa bomoh dan pakar seks UMNO.. Ramai... boleh ubat kan dia... Najib, Rahim Tambi, JJ, Khalil Yunus, Md Taib Son.... dll,

    Malah dia akan beri baik punya Pisang kat sufiah...

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?