Tuesday, August 05, 2008

Sumpah, Sesumpah & Sumpah-sumpah bakal gegar Permatang Pauh..!

Assalamu'alaikum...

Peringatan buat rakyat marhaen di Permatang Pauh...kawasan anda bakal digegar oleh sumpah, sesumpah & sumpah-sumpah sebaik hari penamaan calon untuk pilihanraya kecil diumumkan oleh SPR esok...


Bukan calang-calang sumpah,sesumpah & sumpah-sumpah yang bakal bersumpah-sumpah di Permatang Pauh,tapi trio "sumpahan" yang dikepalai oleh pakar sumpah sumpah dengan kekuatan 6 kotak rahsia KERAjaan bakal gegar kawasan korang.


Aku nasihatkan supaya korang-korang di Permatang Pauh bersiap sedia...guruh bakal berdentum,kilat sabung-menyabung,ribut akan melanda tanah tumpah darah korang sedikit masa lagi.
Antara ahli-ahli trio "sumpahan" yang bakal menonjolkan diri dalam sessi "aku sumpah aku AKAN dedah" ialah Anuar Shaari , Abdul Ghani Haron, Khairul Anuar Rosli, Ahmad Daud Che Ghani, Azwan Hamzah, Mohd Nazmi dan S D Johari...masing-masing punya kepakaran "berjanji akan bersumpah" dengan kelulusan setinggi kepala lutut ( Universiti of Pejuang Ikhlas - UPI ) dibawah pimpinan pemegang pHD jurusan sumpah keramat@kerabat saudara Ezam Mohd Nor...

Menurut maklumat tak sahih yang pihak kami terima, kesemua ahli trio tersebut sebelum ini telah bersumpah setia akan bersama-sama bersumpah di Permatang Pauh walaupun ketua mereka Ezam tidak dicalonkan ( aku dengar Ezam bersyukur sangat tak dapat lawan DSAI ) sebagai lawan DSAI...

Antara sumpah-sumpah yang akan disajikan kepada penduduk Permatang Pauh ialah seperti lazim ( macam korang tak tau ) "saya bersumpah AKAN mendedahkan siapa sipolan sipolan SEANDAINYA bla bla bla...( ayat ni familiar sangat la... )

Aku nasihatkan kat korang semua supaya menyediakan payung setiap masa kerana dikhuatiri hujan lebat diselangi dengan ribut petir bakal melanda Permatang Pauh sebaik sumpah keramat@kerabat pertama dilafazkan...

Yang seronoknya aku dengar bekalan bantuan dah on the way dah, tapi tak dapat dipastikan akan sampai dekat korang atau tidak ( kemungkinan besar tengah jalan dah kena songlap@sumpah )...

Korang perasan tak 1 benda..?dari tahun 1998 sampai ke la ni mamat Ezam ni asyik AKAN dedah je...bila nak dedah nye???

No comments:

Post a Comment

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?