Sunday, August 10, 2008

Susulan bantah forum Majlis Peguam, lagi syor pinda akta selesai isu tukar agama

(Dikemas kini) KUALA LUMPUR: Pemangku Presiden Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon berkata, Kerajaan Persekutuan perlu segera mengadakan mesyuarat jawatankuasa bersama peguam-peguam Sivil dan Syariah bagi menyelesaikan isu-isu pertukaran agama dan peraturan mengenainya.

Beliau berkata, jawatankuasa itu perlu segera berbincang dan mencadangkan langkah-langkah yang perlu digubal, menjelaskan dan memperbaiki prosedur berhubung perkahwinan antara seorang Islam dan bukan Islam, pertukaran, penjagaan anak dan urusan pengebumian selepas seseorang yang bertukar agama meninggal dunia.

Isu-isu seumpamanya yang dibiarkan tergantung tanpa saling difahami dengan baik akan terus menghantui masyarakat berbilang kaum dan berlainan agama di Malaysia, kata beliau dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

-mSTAR Online

No comments:

Post a Comment

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?