Friday, August 01, 2008

Transkrip interview dengan Timb.Ketua Polis Negara - mSTAR

mSTAR - tentang perkembangan kes yang ......

TKPN - berhubung dengan siasatan dakwaan terhadap DSAI yang telah melakukan kesalahan liwat pihak polis masih lagi menjalankan penyiasatan dan pada ketika ini terdapat berbagai-bagai berita yang telah dikeluarkan terutamanya dalam web, internet dsbnya tentang berita-berita tertentu yang saya dapati berita-berita ini semuanya kurang tepat & tidak benar & saya jangka maklumat-maklumat ini bertujuan untuk megelirukan orang ramai. jadi saya memintalah supaya orang ramai jangan membuat keputusan yang terburu-buru ya? terburu-buru dan berilah peluang kepada pihak polis menjalankan siasatan untuk mengesahkan kebenaran laporan tersebut. bagi PDRM insya-Allah kita akan menjalankan seperti yang telah saya katakan terdahulu ini & ingin saya menegaskan sekali lagi bahawa PDRM adalah 1 badan penguatkuasa undang-undang yang profesional, tulus & siasatan kita bukan hanya bertujuan untuk mencari kebenaran, tapi untuk menentukan bahawa kepentingan pengadu & jugak orang disiasat itu terpelihara.

mSTAR - jadi hak kedua-dua pihak ...

TKPN - ya...kedua-dua pihak akan terpelihara...saya beri jaminan pada itu ya...

mSTAR - beri jaminan? beri jaminan hak kedua-dua pihak terpelihara?

TKPN - akan terpelihara...in other words kita akan berpandukan kepada fakta yang benar & jugak keterangkan sahih ada untuk menentukan keputusan siasatan itu & apabila keputusan siasatan didapat nanti kita akan kemukakan kepada pejabat peguambela untuk tindakan selanjutnya.

mSTAR - & tempoh agaknya bila akan selesai siasatan ini...

TKPN - insya Allah kita akan buat secepat mungkin...

mSTAR - secepat mungkin?

TKPN - secepat mungkin...

mSTAR - dalam waktu yang terdekat?

TKPN - dalam masa yang terdekat kita akan cuba berusaha...

mSTAR - ada kemungkinan sebelum 18 ogos yang...

TKPN - saya ingat tu tak pentinglah yang penting kita akan berusaha sesungguhnya untuk menantikan ini 1 kes yang mendapat liputan besar bukan saja negara kita mungkin jugak diluar negara & jugak mempunyai minat yang ramai & implikasi kepada kejahteraan, tentraman kita jugak rakyat ni & kita jugak akan melakukan yang terbaik mungkin untuk tentukan yang siasatan kita adalah tulus, mendapat keterangan yang sahih untuk kita mendapat 1 keputusan yang a yang...benar & tepat.

mSTAR - boleh jelaskan bahwa dr tu memang tidak ditahan ataupun ...... siasatan...

TKPN - tidak...laporan dalam website itu bahwasanya dr tu daripada hospital pusrawi itu ditahan pihak polis memang tidak benar, tidak tepat sama sekali...dr ni tak merupakan seorang saksi & telah kita merakan pecapannya diperingkat awal siasatan lagi ya...untuk membantu dalam siasatan ini...& laporan itu memang sebenarnya tidak tepat yang dia ditahan oleh pihak polis...

mSTAR - setakat ini berapa ramai saksi...

TKPN - ramai ya...ramai setakat ini yang telah di di kita temui untuk membantu siasatan...

mSTAR - ...... apa-apa yang boleh dikongsi ...

TKPN - tak...saya ingat apa yang penting ialah ramai saksi-saksi ramai...saksi-saksi ramai yang kita percaya boleh membantu dalam siasatan ini...untuk supaya dapat kita mencari kebenaran...

mSTAR - adakah ...... 1 soalan ya? mengenai disportal yang mengeluarkan itu akan dipanggil juga untuk memberi keterangan ...

TKPN - kita sedang mengkaji perkara ini tentang...kalau perlu kita akan panggil...

TP - dah...tu je yang ada...yang lain aku tak tau...kalau nak tengok rakaman korang klik [ sini ]

No comments:

Post a Comment

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?