Monday, August 25, 2008

UMNO Cabar UMNO Bersumpah Demi Buktikan Sumpah

Ketua Cawangan UMNO Kampung Tampi-Tampi Darat, Azizul Sanarul mendesak Ketua Menteri Sabah bersumpah di Dewan Undangan Negeri Sabah pada Sidang Dewan Undangan Negeri esok (24 Ogos 2008) bagi membersihkan namanya yang didakwa terlibat dengan penyeludupan wang RM16 juta di Hong Kong.

"Jika beliau masih ingin menerajui UMNO Sabah beliau harus bersumpah di Dewan Undangan Negeri bahawa beliau tidak terlibat dengan Skandal Penyeludupan Wang dan Skandal Penggubahan Wang Haram di Hong Kong," ujar Azizul yang kecewa kerana Musa masih menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan faedah kepada dirinya.

Penafian Musa di akhbar tempatan tidak membersihkan namanya kerana dibuat secara tidak ikhlas dan mengelirukan sedangkan umum mengetahui bahawa Musa mempunyai hubungan rapat dan peribadi dengan tertuduh iaitu Michael Chia Tien Foh yang ditangkap bersama wang tunai sejumlah RM16 juta yang cuba diseludup ke luar Hong Kong kononnya untuk kegunaan pilihanraya Permatang Pauh .

"Semua pembalak kenal siapa Musa dan siapa Michael Chia dan apa hubungan mereka. Jika mereka menafikan tidak mengenali antara satu sama lain adalah dusta kerana saya sendiri pernah melihat Musa dengan Michael Chia yang begitu mesra," ujar Azizul yang pernah terserempak dengan mereka di Hotel Mandarin Oriental iaitu berdekatan dengan Ascot Villa yang menjadi kediaman Musa di Kuala Lumpur.

Tegas Azizul lagi, adalah lebih baik Musa mengakui hubungannya dengan Michael Chia daripada berdolak dalih dan menyelamatkan Michael Chia daripada tindakan sedangkan umum mengetahui bahawa Michael Chia adalah Wakil Khas Musa untuk merundingkan konsesi pembalakan.

"Saya sendiri pernah menemani saudara memohon konsesi pembalakan di yayasan Sabah dan kami dikehendaki menghubungi Michael Chia setelah mendapat surat kelulusan daripada Musa Aman," ujar Azizul yang turut mendesak Musa meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri Sabah jika gagal membersihkan namanya.

Azizul turut menggesa Wakil Tunggal DAP, Jimmy Wong agar mengedarkan salinan laporan polis yang mereka buat di Balai Polis Sentul pada jam 11.44 pagi, 22 Ogos 2008 bernombor SENTUL/011166/08 yang antara lain menyebut bahawa Skandal berkenaan amat serius kerana melibatkan Ketua Menteri Sabah dan telah mendapat liputan meluas media di seluruh dunia.

"Inilah peluang rakyat Sabah menilai kepimpinan Musa yang semakin hipokrit dan masih terpalit dengan Skandal 81 Dalil yang dilaporkan Datuk Dr Jeffrey Kitingan," ujar Azizul yang tidak gentar sekalipun menerima pelbagai ugutan sejak menulis surat bantahan kepada Musa berhubung beberapa perkara.

-Malaysia Today

No comments:

Post a Comment

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?