KUALA LUMPUR: Lembaga Disiplin Umno telah menerima 226 aduan sejak mesyuarat peringkat cawangan bermula 17 Julai lalu dan dari jumlah tersebut 33 aduan dirujuk kepada Panel Penyiasatan untuk siasatan lanjut.
Pengerusi lembaga, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail berkata sebanyak 13 aduan pula telah dihantar ke Borang "A" bagi bukti tambahan manakala 49 lagi dikategorikan sebagai tiada tindakan lanjut.
"Sehingga kini Lembaga Disiplin masih menerima aduan berhubung pelanggaran tataetika anggota Umno. Saya telah dimaklumkan berkenaan betapa berleluasanya aduan rasuah politik dan kesalahan lain di bawah etika tersebut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Tengku Ahmad Rithauddeen menyangkal kenyataan media yang Lembaga Disiplin tidak proaktif dalam mengambil tindakan selanjutnya.
Katanya, siasatan telahpun dilakukan oleh Panel Penyiasat yang terdiri daripada ahli Lembaga Disiplin sejak awal Julai.
"Sebarang aduan yang diterima oleh Lembaga Disiplin mesti diteliti secara halus sebelum tindakan lanjut diambil.
"Bagi peringkat penyiasatan, keterangan lisan dan bertulis perlu diambil bagi mengelak sebarang unsur fitnah atau (percubaan) menggunakan Lembaga Disiplin sebagai platform untuk mendapat kemenangan secara teknikal oleh calon yang bertanding," katanya.
Beliau berkata, siasatan kes oleh Lembaga Disiplin sama seperti Badan Pencegah Rasuah (BPR) dan sekiranya terbukti ada kes prima facie ia akan dirujuk kepada Tribunal Lembaga Disiplin.
"Di peringkat Tribunal, pengadu-pengadu utama akan dipanggil untuk menyokong keterangannya ketika penyiasatan dijalankan manakala tertuduh akan diberi peluang seluasnya untuk membela diri," katanya.
Bagi memendekkan masa siasatan dan juga Tribunal Lembaga Disiplin, semua anggota Umno yang membuat aduan perlu menghantar bukti-bukti rasuah dan keterangan selengkapnya terus kepada beliau di alamat Ibu Pejabat Umno, Tingkat 38, Menara Dato' Onn, Jalan Tun Ismail, 50480 Kuala Lumpur.
-mSTAR Online
TP - hehehe...macam biase la... report... siasat... senyap... zZzZzZzZzZzZ... eleh... macam la orang tak tau... dah lama daaahhh...
No comments:
Post a Comment
Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.
Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?