Pada kami sekeluarga 11-9-2001 ada makna yang tersendiri.
Pada masa itu Mak Cik, suami dan anak kedua atau bongsu kami K, berada di Makkah kerana menunaikan Umrah.
Anak sulong Mak Cik, F berada di New York. Dia adalah pelajar di salah sebuah University di situ. Tiap-tiap pagi adalah routin bagi F melalui di hadapan World Trade Centre, the Twin Tower ke Universitynya.
Malah, Universitynya telah pun mengumumkan akan mengadakan sebuah lagi perpustakaan tambahan di salah satu dari dua menara itu.
Selesai Sunat Isyak di Masjidil Haram malam itu, Mak Cik dan K terus ke hotel untuk makan malam. Tapi suasa amat gamat sedikit di lobby hotel. Suami Mak Cik kelihatan pucat sedikit dan terus memberitahu, "WTC di New York kena terrorist attack, F tidak dapat dihubungi"
Mak Cik terus ke bilik untuk mengambil hp bagi menghubungi F. Dalam TV di bilik, Live - CNN dari New York, amat kecoh sekali tak usah nak cakap. Mak Cik hubungi hp F, Apartment F dan University F, semuanya gagal. Bergegas ke lobby hotel, Mak Cik minta tolong pula dengan Receptionist hotel, kot kot kalau dia boleh hubungi anak Mak Cik sebab mungkin hp tak boleh, phone fixed line boleh. Gagal jugak, malah berpuluh puluh orang Arab di hotel itu juga cuba menghubungi sanak saudara mereka di New York, gagal juga.
Mak Cik pun terus ke Kaabah. Berdoa dalam Hijir Ismail. Memohon agar F diselamatkan. Kami semua terdiam masa dalam bilik menunggu dan menunggu. Macam macam bermain di kotak fikiran selain dari berdoa berdoa dan berdoa. Selang beberapa jam F telephon hp Mak Cik. Alhamdulillah!! Lega bila mendapat tahu F selamat!!
Menurut F, pagi itu dia terdengar satu dentuman yang amat kuat di luar apartmentnya. Dia terus turun siap dengan video cameranya untuk melihat apa ke bendanya yang boleh mengeluarkan satu bunyi yang begitu dasyat. Dilihatnya dari tempat dia berdiri, salah satu dari menara itu telah terbakar, sangkanya mestilah satu kebakaran luar biasa.
Tapi, tiba tiba dia melihat pula sebuah kapal terbang meluru ke sebuah lagi menara di sebelah yang telah terbakar! Apa lagi cerita F pada kami, dia terus naik semula ke apartment dia dan dia hanya teringat untuk ambil Passport dan dompet dia keluar dari bangunan itu sebab lokasi terlalu dekat dan lambat laut mesti banguanan apartment dia pun roboh juga!
F kata seumur hidup belum pernah dia lari pecut macam itu di dalam asap hitam tebal yang mengandungi serpihan halus campuran, kaca dan lain lain entah resepi apa! Habis satu badan diselaputi abuk halus tetapi dia dan yang lain terus juga berlari berlari dan berlari, tak ada arah tapi tetap berlari ke hadapan!
Tiba di suatu kedai, orang kedai itu panggil dia, "Come in over here, we're pulling down the shutters!!" F masuk terus dalam kedai dengan keadaan yang boleh anda semua bayangkan termenggah kepenatan, ketakutan, ketidak tentu arah dan comot satu badan yang berabuk. F lihat ramai orang berlindung dalam kedai. Ramai yang cedera akibat berlari laju dan ada seorang perempuan mengandung sedang menangis kesakitan kerana patah kakinya.
Bila keadaan reda beberapa jam kemudian, pemilik kedai membuka semua shuttersnya dan F terus menujukan perjalanan keluar dari Manhattan. F kata pada masa itu dia cuma teringat hendak call Mak Cik sahaja. Akhirnya F berjalan kira kira jarak dari Subang Jaya ke Shah Alam untuk mencari pondok telefon terdekat dalam suasana kecoh seperti yang anda semua saksikan dalam tv. F hubungi kami dan Kami beritahu F supaya tinggal buat sementara di mana mana hotel terdekat memandangkan seluruh Manhattan telah ditutup pada siapa pun.
Menurut F apa sahaja hotel, hostel semuanya berderet-deret dengan ribuan manusia berabuk satu badan yang inginkan tempat tinggal. F berjaya juga dapatkan tempat tinggal dan seterusnya memulakan segala dari A, mendaftarkan dirinya dengan kedutaan Malaysia, memberitahu pihak University akan statusnya. O ya, ramai juga pelajar dan pensyarah serta kakitangan University F terbunuh dalam kejadian itu. Seorang Arab penjual kebab halal di hadapan University F juga turut terkorban. F sedih, Pak Arab itu peramah dan selalu bagi para pelajar potongan harga istimewa.
Kerajaan Amerika telah membayar pampasan ganti rugi kepada semua yang terlibat dengan 11-9. Segala penginapan, apa juga perbelanjaan mereka ganti sebab yang lari meninggalkan tempat tinggal mereka pada hari itu semuanya lari sehelai sepinggang.
F tidak mungkin akan dapat melupakan peristiwa ini sampai bila-bila. Cerita yang bakal anak anak dan cucu cucunya dengar dari dia satu hari nanti. Ini kali pertama kecemasan besar begini berlaku dalam keluarga Mak Cik, keduanya semasa F dan K hilang pada malam hari di lautan dekat Port Dickson pada tahun 2003 yang telah Mak Cik blogkan dulu.
Macam macam orang dah berusia seperti Mak Cik ini lalui...semuanya ada hikmah dan pengajaran masing masing pada kami. WaAllahuAlam. Tapi yang kita lagi amat sedih adalah rentetan yang berlaku pada dunia Islam akibat peristiwa 11-9 ini. Iraq menjadi mangsa dengan beratus ribu nyawa tidak berdosa terkorban, negara musnah, walaupun sah tidak seorang pun warga Iraq terlibat dalam serangan ini. Inilah akibat Politik Dunia. Politik peringkat Antarabangsa, Global.
-melayuangkat
Nice story....
ReplyDelete- USA dan ISRAEL punya angkara, akibatnya ISLAM pula yang diFITNAH....... Itulah dinamakan, bila ORANG JAHAT BERKUASA, orang yang tak salah pun dikatakan SALAH.