Monday, September 08, 2008

16 Sept.: Pemimpin PR temu 3 jam di KL

(Mutakhir) PETALING JAYA: Tinggal seminggu sahaja untuk membuktikan sama ada sasaran 16 September akan menjadi kenyataan ataupun sebaliknya, Pakatan Rakyat mengadakan pertemuan informal malam tadi bagi membincangkan kemajuan siri perundingan yang telah diadakan setakat ini.

mStar Online
difahamkan pertemuan itu yang dipengerusikan oleh Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang pulang dari Jakarta petang tadi, hanya memfokus terhadap pelan pembentukan kerajaan persekutuan 16 September dengan membawa masuk ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN).

"Perbincangan pertemuan informal ini hanya memfokus satu topik iaitu menerangkan hasil perbincangan dan perundingan yang telah diadakan sejak dua minggu yang lalu. Kita telah berkongsi hasil perundingan dengan ahli-ahli Parlimen BN setakat ini.

"Perbincangan adalah positif dan semua perancangan berjalan dengan lancar sebagaimana yang telah dirancang," kata sumber itu kepada mStar Online sebentar tadi.

Pertemuan itu yang berlangsung lebih dua jam di kediaman Anwar di Bukit Segambut berakhir kira-kira 12.30 tengah malam tadi.

Kesemua pemimpin kanan komponen Pakatan Rakyat hadir kecuali Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Sumber itu juga menambah, pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat akan mengadakan mesyuarat khas susulan di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Kuala Lumpur pagi ini (Isnin)..

Pakatan Rakyat terdiri daripada PKR, PAS dan DAP.

-mSTAR Online

TP - Pimpinan UMNO/BN tengah buat apa tu?

Belajaq pertanian ka?

Molek sangat la kalau macam tu... mana la tau balik-balik dari Austie nanti kerajaan dah bertukar... boleh la guna pengalaman, pengetahuan & ilmu yang hangpa timba dekat Austie untuk mulakan kehidupan baru sebagai seorang......

PELADANG...kalau malu nak jadi Peladang, jadik SELADANG boleh kot..?

2 comments:

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?