JASIN: Kehilangan Muhamad Aris Abu Bakar, 12, selepas kali terakhir dilihat menonton televisyen di ruang tamu rumahnya di Kilometer 10, Kampung Pengkalan Badak, dekat sini, pada pagi 28 Ogos lalu, masih menimbulkan tanda tanya.
Kehilangan murid Sekolah Rendah Kebangsaan Tehel itu bukan kali pertama dan kejadian terbaru itu yang ketiga. Bagaimanapun dalam dua kehilangan terdahulu, dia ditemui beberapa hari kemudian.
Keanehan timbul apabila Muhamad Aris sering bercerita mengenai seorang ‘nenek’ yang ditemuinya tiga bulan lalu, tetapi tiada seorang pun di kalangan adik-beradiknya yang seramai 13 orang pernah melihat atau tahu di mana ‘nenek’ itu tinggal.
Ibu kanak-kanak berkenaan, Zainab Suratin, 47, berkata mereka sekeluarga puas mencari Muhamad di merata-rata tempat, tetapi masih gagal menemuinya.
-myMetro
TP - Adusss...tak abis lagi rupanya kisah hilang-menghilang ni...ape nak jadi dengan Malaysia nih...yang ni kompom la Pulis tak leh nak tolong...
Yang kene culik dekat "orang" pun pulis tak jumpa-jumpa sampai sekarang, ni pulak yang kene culik dekat "nenek halus"...
Umang aih...ingat "orang" je yang mengganas kat Malaysia nih,"nenek halus" pun tumpang sama gok rupenye...uuuh...
No comments:
Post a Comment
Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.
Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?