Pada mulanya saya agak keberatan nak ulas kekecohan yang berpunca ekoran daripada kenyataan ketua UMNO bahagian Bukit Bendera, Pulau Pinang bernama Ahmad bin Ismail. Sama ada benar atau tidak apa yang didakwa dikatakan olehnya mengenai rakyat Malaysia keturunan Cina bukan persoalannya kerana isu tersebut sudahpun merebak dan mengapi-apikan keadaan.
Jika tidak ditangani dengan cermat, teliti dan bijak, isu itu boleh ditangguk dalam air yang keruh oleh anasir-anasir yang ingin melihat negara ini hancur serta mengundang campur tangan kuasa asing.
Dalam zaman dunia tanpa sempadan dan liputan meluas dan segera oleh media elektronik antarabangsa, apa yang berlaku di sesebuah negara itu tidak dapat disembunyi atau dinafikan.
Isu pokok yang dibangkitkan oleh Ahmad Ismail membabitkan persoalan “menumpang” iaitu rakyat Malaysia keturunan Cina adalah penumpang di negara ini. Beliau menjelaskan bahawa ia merujuk kepada zaman pra-Merdeka. Bagaimanapun, sensitiviti rakyat Malaysia keturunan Cina telah terguris.
Saya tidak mengenali secara peribadi Ahmad Ismail, tetapi kenal agak rapat dengan Allahyarham abangnya, Abdul Rahim Ismail, pemilik Syarikat Pembinaan Rahim yang pada satu ketika dahulu agak terkenal sebagai sebuah firma pembinaan Bumiputera yang unggul di Pulau Pinang. Saya tidak tahu apa dah jadi dengan syarikat itu selepas Abdul Rahim meninggal dunia.
Secara peribadi, saya tidak setuju dengan apa yang didakwa dikata oleh Ahmad Ismail atas beberapa sebab.
Bagi saya, hampir 90 peratus rakyat Malaysia, khususnya di Semenanjung, adalah pendatang dan kita semua sebenarnya menumpang hidup di bumi Allah. Kita bukan pemilik kekal tetapi hanya menumpang.
Sebagai contoh, saya sendiri adalah keturunan pendatang yang menumpang hidup di bumi bertuah ini. Datuk nenek di sebelah bapa saya berhijrah dari Makkah dan dari Brunei ke sini manakala di sebelah ibu pula dari Hadhramut, Yaman. Kami adalah pendatang dan penumpang sama seperti hampir semua penduduk negara ini khususnya di Pulau Pinang.
Bagi Ahmad Ismail, dia juga datang dari keluarga pendatang dan menumpang hidup di negara ini. Ahmad Ismail tidak boleh menafikan hakikat bahawa datuk neneknya adalah pendatang dari India untuk menerokai penghidupan yang lebih baik dan selesa di bumi bertuah ini.
Perdana Menteri Abdullah bin Ahmad juga tergolong dalam kategori yang sama. Datuknya di sebelah ibu adalah pendatang dari wilayah Guandong, China. Pendek kata, datuk Pak Lah iaitu bapa Allahyarhamah Kailan bernama Hassan Salleh atau Hah Su Chiang adalah seorang pendatang. Beliau berhijrah ke Tanah Melayu dari wilayah Guandong (Kwantung) pada pertengahan abad ke-19 dan menetap di Bayan Lepas sebagai pekebun getah, pesawah padi dan kemudian saudagar intan berlian.
Najib Tun Razak, Timbalan PM juga berasal daripada keluarga pendatang iaitu dari Sulawesi, Indonesia atau lebih senang disebut orang Bugis manakala sepupunya Hishamudin Hussein tidak terlepas daripada darah keturunan Turki.
Datuk nenek mantan PM Tun Dr Mahathir Mohamad juga pendatang dari Kerala, India manakala ibu Almarhum Tunku Abul Rahman berasal dari negeri Siam (Thailand).
Kesultanan Melayu Melaka pun dibuka oleh orang pendatang dari Sumatra bernama Parameswara, seorang anak raja atau bangsawan beragama Hindu.
Dalam sejarah kesultanan Melayu, kita dapati ada yang ditubuh oleh pendatang dari Bugis dan ada pula dari Hadhramut selain dari Minangkabau.
Hampir semua orang Melayu di sini berasal dari luar Tanah Melayu tetapi diiktiraf sebagai “bangsa Melayu” oleh Perlembagaan Persekutuan. Kita adalah “Melayu mengikut takrifan Perlembagaan” iaitu beragama Islam, mengamalkan adat resam Melayu dan bertutur dalam bahasa Melayu. Malangnya, bahasa Melayu nampaknya dimatikan oleh orang Melayu (UMNO) sendiri apabila dinamakan sebagai bahasa Malaysia.
Oleh itu, orang Arab seperti Syed Hamid Albar dan saya, orang Aceh seperti Sanusi Junid, orang India seperti Kader Sheikh Fadzir dan Nor Mohamed Yakcop, orang Bugis seperti Najib, orang Minang seperti Rais Yatim, orang Jawa seperti Mohamad Rahmat dan yang lain seperti dari Madura, Pulau Boyan, Siam, Burma, Yunnan (China) dan selatan Filipina dengan mudah boleh diiktirf sebagai “Melayu”.
Mereka diterima sebagai orang Melayu tidak kira sama ada mereka bertutur bahasa Melayu atau tidak di rumah umpamanya si Arab berbahasa Arab, si Jawa berbahasa Jawa dan si Minang berbahasa Minang atupun si Mamak berbahasa Tamil.
Bahasa-bahasa yang disebut itu bukan bahasa Melayu dan jika dilihat dari sudut Perlembagaan Persekutuan, tidak boleh diterima atau diiktiraf sebagai bangsa Melayu. Walau bagaimanapun, atas kepentingan dan faktor politik, semuanya diterima sebagai Melayu dan Bumiputera.
Oleh itu, adalah tidak adil untuk menuding jari kepada orang Cina yang juga kaum pendatang sama seperti orang Arab, India, Aceh, Minang, Batak, Mandailing, Jawa, Madura mahupun Bugis, sebagai menumpang di negeri ini. Kita tidak boleh menafikan bahawa sebilangan besar datuk nenek orang Cina telah berhijrah ke negeri ini semasa Kesultanan Melayu Melaka, bahkan kesultanan-kesultanan terdahulu di Kedah mahupun Terengganu dan Kelantan serta semasa Francis Light berjaya menipu Sultan Kedah untuk menduduki Pulau Pinang pada 1786.
Kita adalah kaum pendatang yang menumpang hidup di negeri ini. Golongan yang boleh diiktiraf sebagai orang asal atau anak bumi tulen adalah mereka yang kita kenali sebagai Negrito, Jakun, Semang, Jahut, Orang Laut, Orang Darat, Senoi dan suku kaum masyarakat Asli lain yang masih menjadi penghuni belantara.
Kita tidak harus lupa akan sumbangan dan pengorbanan semua kaum dan suku kaum untuk membangunkan Malaysia sama ada dari sudut ekonomi, kemasyarakatan, keselamatan dan yang paling penting kesepakatan dan perpaduan. Semua orang yang kena dan seharusnya membayar cukai, berbuat demikian tanpa mengira kaum atau asal keturunan, sama ada pendatang atau penumpang.
Kita semua adalah rakyat Malaysia.
-Kuda Ranggi
Bukan begita Bro,cina dan india adalh imigran masa british,diambil khas dan paling ramai untuk kerja-kerja lombong..bukan imigran masa zaman tok nenek you yang dah lama duduk dan beragama islam tu..saya orang asli..keturunan suku senoi..ketakutan orang2 Melayu adalh apabila melihat negara Singapork contohnya..tengok nasib orang melayu/Islam disana. dah tahu org melayu miskin ditekan lagi..last org melayu singapore byk tak habis sekolah..kerja kilang..itu tektik kaum cina yang memerintah..Percayalah! Itu tak per lagi...tapi bila cina dapat kuasa terutama cina yang migrate ni lah, cina kt tanah besar China ok jer..apa dia buat kat org Islam..dipecah2 supaya tak duduk setompok takut jadi kuat(pecah dan perintah), dan yang sedih Azan tidak lagi berkumandang..agama adalh kebebasab dan hak individu..lu mau macam ni ke brade..20 tahun lagi anak lu buat public kissing lu tak leh marah...kat singapore biase..tu, tapi kat malaysia setakt hari ni at least boleh nak buat kes kat mahkamah syariah.... gua kerja ngan cina lah dan gua belajar bersama cina, lu pandai dia rapat, lu bodoh jangan bagi dekat..isu ni semua genarasi tahu..cakap terus terang la Cina yang keluar dari tanah besar china adalh cina yang jahat...dan oputunist! mao tze Tung kata kat tun Razak..terpulang pada tun razak nak tembak tembak lah sbb itu bukan rakyat dia lagi...lu kaji sejarah sikit lah Bro...tahu lah lu suka Anwar tapi gua pon penyokong Anwar..tapi hati-hati jgn sampai menag sorak kampung tergadai...
ReplyDeleteHidup Anwar!
..tapi jaga sikit kepentingan bangsa dan generasi kita, jgn jadi Singapork!
-Kuda Ranggi
ReplyDeleteapehal cik kude ranggi ni..crite smpai zaman lame sgt.lu dh melalut dah smpai kurun ke bape dah..
cina dan india tu kira baru je lagi dtg m'sia ni.dah la dtg tmpat org buat mcm tmpat sndiri . nak amik tu la, nk amik ni la. lu tau tk -Kuda Ranggi , cina n india ade negara drang sndiri, tapi melayu?? kat mane lgi lu blh jmpe melayu yg ade ngara sndiri , cube ckp??
psl lu punye kajian smpai bkurun2 tu tolak tepi la.. kalu nk ikutkan sejarah manusia ni dari Nabi Adam & Hawa. yg lu lalut smapi tok nenek moyang pehal. kite becerita ttng pnddukan cina n india tak lebih 100 thun dulu. kbyakan mereka dah dtg sini time tu. sbgai pekerja saje.
beb, kadang2 kena pk bnda ni. kdg2 racist benda yg btol.lu nk ke xde melayu di msia ni.pk la sndiri. tk payah bangga sgt la dgn asal usul lu tu. tk pnting, yg pntign skrag ni. wa pun sokong anwar gak. tapi xde melatah mcm lu ni. smpai ke nenek moyang pak lah lu lalut. reformasi, reformasi gak, melayu lu kena jaga. ini Tanah Melayu, bukan tanah cina atau tanah india.ketuanan melayu msti lebih,..
Blogger ini tengah cakap pasal apa yg dicakap oleh Si Ahmad-Ismail.... Si Ahmad-Ismail yang start topic cakap tentang "bangsa tertentu" (I tak nak mention bangsa apa dekat sini, kita semua orang tahu)ialah pendatang asing. Jadi Blogger ini cuba nak buktikan bahawa Malaysia sebenarnya bukan asal orang malayu punya. Buat apa u orang bising2 dekat sini bagi komen berdasarkan racist punya komen? Jangan takut Tanah Melayu bukan tempat orang melayu, jangan ikut orang2 UMNO Melayu yang suka tukar cerita dan tukar fact! Banyak kes2 yg kita sendiri boleh nampak! Tak malu ke kita dengan tindak2 mereka itu? Aku melayu sendiri pun rasa geram dgn tindakan mrk tu. Jadilah negara kita negara yang harmoni & berkambang maju dengan pelbagai bangsa! Jgnlah ikut org2 yang tak pandai fikir, tolonglah fikir masa depan anak cucu kita!
ReplyDelete