Friday, September 26, 2008

Akhirnya "Hari Malaysia" Diiktiraf Kerajaan Pusat

KUALA LUMPUR 25 Sept. – Kerajaan bersetuju menjadikan tarikh penubuhan Malaysia pada 16 September sebagai perayaan Hari Malaysia yang akan disambut di seluruh negara.

Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, Hari Malaysia lebih signifikan disambut di seluruh negara berbanding sebelum ini sambutan hanya dibuat di Sabah dan Sarawak.

‘‘Hari Malaysia akan dijadikan satu sambutan untuk seluruh negara memandangkan tarikh ini merupakan sejarah penggabungan negeri Sabah dan Sarawak dengan Tanah Melayu,’’ katanya pada sidang akhbar selepas majlis berbuka puasa bersama media di Muzium Negara di sini hari ini.

-Utusan Malaysia

TP - Kah kah kah kah kah... kat sini lain cerita, kat [sana] lain cerita... wartawan bengong atau menteri bengong aku tak tau... yang penting... "Hari Malaysia" akhirnya diiktiraf oleh KERAjaan pusat selepas Pakatan Rakyat menyambutnya terlebih dahulu...

Sapa Kerajaan pusat sebenarnya nih???

1 comment:

  1. Kerajaan PUSAT adalah kerajaan yang hanya menjaga dari pusat kebawah sahaja seperti kerajaan BN.

    Kerajaan sebenar adalah menjaga kedaulatan NEGARA DAN KEPENTINGAN, KESELAMATAN DAN KETENTERAMAN RAKYATNYA.

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?