Wednesday, September 03, 2008

Ali Rustam Demam Panas.

mSTAR Online

MELAKA
: Cadangan Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya lima yang dikuasai Pakatan Rakyat mengisytiharkan 16 September sebagai cuti umum bertujuan mengalih pandangan rakyat daripada kegagalan beliau menarik Anggota Parlimen Barisan Nasional menyertai pembangkang menjelang 16 September ini untuk membolehkan pembangkang menubuhkan kerajaan pusat, kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

"Rakyat tidak harus keliru dengan cadangan itu," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Anwar telah mencadangkan supaya pimpinan pembangkang di lima negeri yang dikuasai pakatan pembangkang iaitu Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Kelantan mengisytiharkan 16 September sebagai cuti umum kerana 16 September adalah tarikh ulang tahun penubuhan Malaysia dan ia merupakan hari bersejarah sama seperti 31 Ogos.

Kerajaan Kelantan dan Pulau Pinang telahpun menyatakan kesediaan untuk menimbang cadangan itu.

TP - kukukukuku... Ali ni dah gelabah dah ni... nampak sangat gelabahnya... orang cerita 16 september tarikh penubuhan Malaysia, mat senget ni pulak pegi kona tang MP naak lompat... ape punya tuuurrr... senget sungguh... patutla Barisan Nasi Yo Nal makin dekat dengan liang lahad... pimpinan yang ada dalam tu dah nyanyuk dah...

Orang cerita A, dia pi bantai Q... orang cerita 10. dia cerita 15... ape la sengal...

Ni phobia sangat dah ni gamaknye... tak pe... bertahan dulu... tak lama dah...

No comments:

Post a Comment

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?