Saturday, September 20, 2008

Amerika Bodoh atau Rais Yatim Bodoh?

PUTRAJAYA 19 Sept. – Wisma Putra memperoleh maklumat bahawa ada pihak tertentu dari Amerika Syarikat (AS) mempergunakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memperkotak-katikkan dan menghuru-harakan Malaysia.

Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, pihaknya dimaklumkan ada rancangan daripada pihak tertentu di AS untuk memastikan Anwar menjadi pemimpin hadapan bagi memudahkan kepentingan negara itu ‘masuk’ ke Malaysia.

-Utusan Malaysia Online

TP - Ape la punya bodoh Amerika nih... ade ke pergunakan DSAI untuk buat huru-hara kat Malaysia... bodoh betul la... DSAI tu sape? pembangkang... apa pembangkang boleh buat? kalau aku jadi Amerika la... tak de aku nak buang masa nak pakai orang yang dok kat luar kerajaan ni... buang masa je... duit abis banyak-banyak... projek belum tentu menjadik... bingai rupanya Amerika nih...

Tapi aku heran jugak... macam mana Wisma Putra boleh dapat maklumat ni? aish... tak kan la senang-senang maklumat macam ni boleh bocor ke Wisma Putra? alamak... sape yang pakai sape ni?

Amerika pakai DSAI ke, Amerika pakai UMNO/BN?

Tapi kalau aku jadi Amerika, baik la aku pakat dengan kerajaan yang sedia ada... confirm dah apa benda pun boleh jalan sebab - "Kerajaan"... wat pe nak pakai pembangkang?

Aku rasa Amerika pakai "Kerajaan" la... tak pun Amerika pakai Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Rais Yatim... sebab mamat ni yang dapat maklumat... ini membuktikan bahawa Rais Yatim ni ada hubungan yang amat rapat dengan Amerika sampaikan maklumat sulit macam ni pun dia ada akses... kan kan kan kan kan?

Kes Pulau Batu Putih hari tu sape yang handle ek??? macam mana senang-senang boleh terlepas ke tangan Singapura??? eh... bukan ke Singapura tu fraksi Amerika???

Musykil betul aku dengan Rais Yatim ni......

No comments:

Post a Comment

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?