Wartawan akhbar Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng hanya ditahan 16 jam. YB Teresa Kok ditahan selama 6 hari dan blogger Syed Azidi selama 3 hari. Bagaimanapun blogger Raja Petra yang ditahan pada hari Jumaat lalu masih belum dibebaskan.
Menurut laporan media Raja Petra ditahan kerana tulisannya yang menghina agama Islam. Penahanan Raja Petra dilakukan setelah beberapa jabatan berkaitan agama Islam seperti Jakim, Yadim dan Maiwp membuat laporan polis.
Ok, saya tidak berhasrat untuk mempertikaikan apa yang telah dilakukan oleh tiga organisasi tersebut.
Apa yang saya hendak tanya kepada Jakim, Yadim dan Maiwp adalah kenapakah tiga oraganisasi ini yang kononnya berfungsi untuk memartabatkan agama Islam tidak bertindak sewajarnya terhadap satu ‘akuan bersumpah’ yang dibuat terhadap Dato’ Seri Najib Razak serta isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor yang menghina Islam melalui perbuatannya?. Baca di sini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, berkata “Jangan sentuh isu berkaitan dengan agama”. Tok Zahid, saya tidak sentuh isu Islam tetapi saya hendak bertanya. Kenapa Raja Petra yang ‘kononnya menulis sesuatu yang menghina agama Islam’ di tahan, tetapi Najib Razak dan Rosmah Mansuh yang diperakukan secara bersumpah melakukan sesuatu yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam tidak dibuat laporan polis oleh Jakim, Yadim dan Maiwp?.
Saya tidak faham, maka saya bertanya. Apakah tiga oraganisasi penguatkuasa agama Islam ini hanya berani bertindak dan membuat laporan polis terhadap orang awam sahaja? Bila sesuatu yang juga bertentangan dengan ajaran Islam itu dilakukan oleh pemimpin UMNO maka mereka menikus?. Apakah ini yang dituntut dalam ajaran Islam?
Saya mohon ketiga-tiga pengarah oraganisasi ini, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Dalam Negeri, Syed Hamid Albar beri penjelasan kenapa tiada tindakan diambil terhadap Dato’ Seri Najib dan isterinya.
Ketiadaan tindakan dan sikap pilih kasih dalam melaksanakan tanggungjawab ini bolih membuat masyarakat beranggapan bahawa Jakim, Yadim, Maiwp, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Syed Hamid Albar tergolong dalam individu bacul dan tidak jujur dalam menjalankan amanah ALLAH.
- Kepada tiga pengarah organisasi tersebut, selamat berpuasa dan sila beri penjelasan supaya rakyat faham. Jangan jadi penakut dan jangan jadi bacul dalam menegakkan Nur Islam.
Rupa-rupanya selama ni bukan lah ayah PIn yg jadi kepala Besar...Ada lagi paling BESAR dari Ayah PIN......siapa lagi....!
ReplyDelete