Tuesday, September 30, 2008

Awasi email Hasutan..!

Mutakhir ini heboh diperkatakan tentang penyebaran email yang berbaur "Hasutan dan perkauman".

Team Pahang Daily juga ada menerima email berkenaan yang dihantar oleh pengirim yang menggunakan nama saudagar unta [saudagarminyak@yahoo.com].

Setelah mengamati betul-betul kandungan email berkenaan maka, kami dengan jelas sekali dapat menyimpulkan bahawa pekerjaan penyebaran email hasutan ini pastinya dilakukan oleh puak-puak UMNO dengan kerjasama Biro Tata Negara.

Melihat kepada kandungan ayat-ayat dan statistik serta ramalan yang dibuat hanya bersandarkan kepada tahun berakhir "2009" terbukti bahawa agenda ini adalah untuk memesongkan kembali jiwa-jiwa rakyat supaya kembali menyokong UMNO dan Barisan Nasional dalam Pilihanraya Umum akan datang yang dijangka bakal diadakan sekitar tahun 2010. Apakah maknanya email ini dihantar?


Terbukti bahawa kandungannya cukup "jahat" dan "busuk" sekali, dalam usaha untuk mengalih perhatian rakyat kepada Pakatan Rakyat yang dipelopori oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. UMNO menggunakan saluran lain bagi menarik seberapa banyak sokongan, dan setiap pembaca email berkenaan diminta menyebarkannya kepada rakan-rakan yang lain "forward".

Ini semua dalah agenda "terdesak" yang terpaksa dilakukan oleh puak-puak UMNO ini dalam menagih kembali simpati rakyat supaya menyokong mereka kembali. Mereka tahu orang-orang Melayu sudah mula "jelek" dan "mual" dengan kepimpinan sedia ada sekarang ini. Semakin lama semakin UMNO ditolak dan berbondong-bondong ahlinya sudah "beralih kapal" menyokong perjuangan yang dibawa oleh Pakatan Rakyat.

Ramai wartawan Pahang Daily sebenarnya telah mengikuti Kursus Biro Tata Negara sejak sekian lama. Sememangnya apa yang diajar dan dididik kepada para peserta kursus adalah berbau "hasutan" dan tiada kepentingan sosial sama sekali. Hasutan yang dibuat sama ada membenci "kaum lain" di Malaysia dan kini menjurus kepada "parti pembangkang" terutamanya PAS dan PKR. Kebanyakan yang ditanamkan kepada para peserta hanya UMNO sahaja yang layak memerintah negara ini. Jika parti lain diberi kuasa, maka sudah pasti negara ini akan dijajah oleh bangsa lain.

Mereka menggambarkan perkara ini menerus lagu yang cukup popular dalam kursus BTN ini iaitu "warisan". Ramai yang masih mengingati lagu tersebut yang mengisahkan bahawa "bumi yang dipijak ini akan menjadi milik orang sekiranya kita bertelagah dan menolak kerajaan sedia ada sekarang?. Seolah-olah hanya UMNO dan BN sahaja yang pandai memerintah negara ini. Inilah yang ditanamkan kepada peserta BTN sejak dulu, kini dan selamanya.

Perkara ini sememangnya sudah lama disedari. BTN itu sendiri dibiayai oleh kerajaan Barisan Nasional menerusi Bajet yang besar setiap tahun. Namun hasilnya "nothing", hanya untuk memesongkan fikiran rakyat agar terpahat dalam kepala mereka hanya UMNO sahaja layak berkuasa, walau dalam apa jua keadaan sekali pun.

Justeru itu, tidak syak lagi email ini juga telah diolah dan disusun rapi oleh puak-puak yang berkepentingan ini dalam usaha mereka untuk mengaburi mata rakyat. Paling melucukan ramalan yang dibuat kononnya Menteri Di Jabatan Perdana Menteri akan menukarkan Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya iaitu Tan Sri Rashid kepada orang Cina. Sungguh "bangang" puak-puak ini.

Sebenarnya memang rakyat sudah benci kepada Rashit, jika tidak ditukarkan sekali pun memang ternyata pengerusi SPR itu cukup "tidak profesional" dalam menjalankan tugasnya. Selama ini SPR adalah badan yang bertanggungjawab memecahkan kawasan majoriti Melayu kepada kawasan baru. Ini menyebabkan banyak kawasan yang dimenangi oleh PAS telah berjaya mereka takluki. Mereka juga memindahkan ramai orang-rang Cina ke bandar-bandar utama bagi mendapat sokongan undi kepada BN. Itu dulu, namun kini mereka semua sudah panik.

Keadaan sebaliknya telah berlaku. Orang Cina dan India di bandar pula majoritinya menyokong Pakatan Rakyat. Akhirnya mereka terpaksa membuat "teori" untuk "turn over" supaya sebaliknya berlaku dalam pilihanraya 2010 nanti. Tentang SPR ini, tidak usahlah mereka mahu pertahankan sangat. Rakyat adalah hakim negara !!.

Untuk lebih lanjut sila baca email yang dikirimkan di [sini]. Kepada semua penerima email berhati-hatilah. Jangan sampai terpengaruh dengan hasutan yang dibuat oleh mereka ini. Ingatlah, kita mahu pastikan bahawa kerajaan Pakatan Rakyat bakal menjadi kenyataan dan pilihanraya umum 2010 adalah petanda zaman kegemilangan UMNO dan Barisan Nasional bakal ditamatkan riwayatnya. Jangan terpedaya dengan dakyah yang disebarkan ini.

-Pahang Daily

No comments:

Post a Comment

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?