Berikut adalah antara komen yang saya terima:
abdrahim kassim said...Apa salahnya tak suka? Itu hak demokratik saya. Dan, apa salahnya kawan-kawan di atas balun saya, itu juga hak demokratik mereka.
Bakaq,
Kalau hang tak nak Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri, hang nak siapa?
Mustapa Ali?
Stormbringer said...
hang nak sapa bakaq? hang pon satu! macam baguih! lepaih kena tangkap ni aku tengok hang dah cakap lain! hang dah jadi penakut!
pondok said...
Bakaq pun kalut.
Hang nak sapa jadi PM, bakaq?
Anonymoussaid... (September 11, 2008 9:08:00 PM MYT)
Aku boleh baca hati Bakaq sebab aku jin minsyaril watiwannas..
PM, dia nak Najib Altantuya, x dapat Syed Hamid Albab pun cukup baik. Ni orang baik2 sebab boleh sumpah atau keturunan hadaralmaut. Yg lain2 AMNO x boleh pakai.
TPM mesti orang PAS berjiwa melayu asli bukan mamak tapi xdak, jadi pilih Ibrahim katak. Setuju semua?
Tinggal lagi, apabila saya menyuarakan hak demokratik saya, ia bagaikan menjerkah kegianan ramai yang kepingin melihat Anwar menjadi Perdana Menteri. Tentulah saya akan dijerkah balik. Tak kisahlah. Takkan aku ja boleh kata kat orang. Orang pun boleh kata kat aku juga.
Lagi pun, dah jenuh dah saya kena kata macam-macam. Tambah sikit lagi, apa salahnya.
Begitu juga, apa salahnya Cik Gu Pa kata apa yang disasarkan akan berlaku pada 16 September ini "Tidak demokratik, bermoral untuk ambil alih kerajaan cara lompat"? Itu hak demokratik dia. Kalau tak setuju, bantailah balik. Gunakan hak demokratik untuk bantai balik seperti yang Khalid buat. Hujah lawan hujah. Jangan serang peribadi. Jangan bogelkan maruah kawan.
Saya dah kata, biar kebebasan bersuara bercambah dalam PAS. Takut perpecahan? Hanya jenis kurang ajar yang tidak berprinsip yang takut kebebasan bersuara. Abang adik bertengkar sampai terdengar dek jiran sekalipun, takkan nak tebang tiang rumah kot!
Saya tak setuju Anwar jadi PM, setakat mana terhenti hak demokratik saya?
Mai nak cerita. Sebelum Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi jadi Perdana Menteri, saya langsung tak setuju dia jadi Perdana Menteri. Hati saya menuduh dia tak cerdik. Saya juga termakan kata-kata Mat Sabu, "Dolah ni lagi jahat daripada (Tun Dr) Mahathir (Mohamad)!"
Pada tahun 1981, ketika saya berkhidmat di Bahagian Penerbitan, Kementerian Dalam Negeri, saya tak setuju Dr Mahathir jadi Perdana Menteri. Waktu itu, Tuhan Yang Maha Mengetahui betapa bencinya saya kepada Dr Mahathir, walaupun tiap-tiap minggu saya terserempak dengan beliau ketika sembahyang Jumaat di Masjid Negara.
Saya tak setuju. Tetapi, apabila proses demokrasi, tak kiralah macam mana pun asal orang anggap demoratik, memilih beliau sebagai Perdana Menteri, saya hanya mampu bertengkar dengan rakan-rakan sepejabat termasuk SB-SB yang ditugaskan untuk membantu kerja-kerja Bahagian Penerbitan, Kementerian Dalam Negeri.
Lebih dari itu, aku nak buat apa?
Samalah juga bila Anwar ditakdirkan jadi Perdana Menteri. Saya memang tak suka, meluat, hampa sebutlah apa sahaja perkataan yang sejenis dengannya. Tetapi, apabila proses demokrasi, tak kiralah macam mana pun asal orang anggap demoratik, memilih beliau sebagai Perdana Menteri, aku nak buat apa?
Saya tak boleh buat apa pun menentang kehendak dan proses demokrasi. Saya hanya boleh mempertahankan hak demokratik saya yang tidak redha Anwar menjadi Perdana Menteri.
Takkan hampa nak sembelih, kerat-kerat dan cincang mayat aku kerana aku tak suka Anwar jadi Perdana Menteri!
(Semalam, kebetulan jumpa Mat Sabu. Saya merayu sungguh-sungguh agar beliau tidak menerima sebarang jawatan dalam kerajaan pimpinan Anwar. Itupun kalau ada tawaran. Mat Sabu pun kata kat saya, setakat ni aku ni belumlah lagi hidung tak mancung, pipi yang gatal tersorong-sorong.
Saya juga memberitahu sesopan yang boleh kepada beberapa kawan, kalau hampa pegang jawatan tinggi dalam kerajaan Anwar, menteri ka, bawah sikit ka, kita akan minum teh tarik semula bila hampa dah pencen nanti. Maksud saya, jawatan tinggi. Takkan aku tak minum teh tarik dengan pegawai biasa, kerani, peon dan pencari fail dalam kerajaan pimpinan Anwar).
~penarik beca
apew ko citer nie aku x fhm..hehe
ReplyDeleteabis ko nk spe jadi PM aku leh x
Sudahlah tuna, jangan sebut lagi nama Cikgu Pa. Meluat, meloya dah nak termuntah!
ReplyDeletekaghut la korang..senang biar je lah pok bodolah tu jadi pm...x pasal2 lak anwar jadi pm nak berpecah
ReplyDeletepasai apa hang tak suka?
ReplyDeleteAku heran sungguh dengan Pa ali tu...dia nak apa lagi haa..??
ReplyDeleteSepatutnya dia kena ada etika kepimpinan ...tak tau lah kalau dalamnya berdarah keris..~!!!