Thursday, September 04, 2008

BN: Talian Hayat Diperlukan

KUALA LUMPUR, 4 Sept (Hrkh) - Ketua KeADILan Sarawak, Dominique Ng berkata Pakatan Rakyat akan membentuk kerajaan baru 16 September nanti dengan penyertaan lebih 40 ahli parlimen.

"Bila tiba 16 September nanti, akan terbukti siapa yang bermimpi dan bercakap besar," kata beliau dalam satu sidang media di Kuching baru-baru ini.

Kenyataan beliau itu dikeluarkan ketika terdapat laporan mengatakan pemimpin tertinggi KeADILan bertemu dengan pemimpin sebuah parti komponen Barisan Nasional (BN) di Kota Kinabalu pagi semalam yang berikrar untuk menyertai Pakatan Rakyat.

Ng menjangka bilangan wakil rakyat BN yang mencukupi akan menyertai Pakatan untuk memboleh pembangkang mendapatkan jumlah yang mencukupi untuk menumbangkan kerajaan pada tarikh 16 September ini.

Beliau juga mengumumkan bahawa KeADILan Sarawak akan mengadakan jamuan makan malam di Kuching pada 15 September dan di Miri esoknya sebagai meraikan Hari Malaysia.

Selain itu, beliau berkata cuti umum pada 16 September akan diumumkan di Malaysia Timur bila Pakatan Rakyat membentuk kerajaan.

1 comment:

  1. Saudara Perisik Rakyat,

    BN tidak perlukan talian hayat kerana majoriti rakyat Malaysia tidak mahu kepada BN lagi. Mungkin tajuk artikel ini tidak berapa sesuai.

    Tak Sungguh Tak Kata

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?