Dalam perkara ini Pasaraya Giant di Senawang harus diberi pujian dalam cara mereka mengendalikan penjualan arak. Walaupun sebelum ini beberapa teguran telah diberikan secara tidak langsung dalam penjualan arak dan penggunaan troli yang mempromosikan arak , namun pihak Pasaraya Giant pada ketika ini telah banyak melakukan penambahbaikan dalam pengurusan mereka.
Penjualan arak di sini dilakukan di satu sudut yang agak tertutup dan terpampang dengan jelas papantanda yang menyatakan bahawa penjualan arak kepada umat Islam adalah merupakan satu kesalahan. Lebih menarik lagi kaunter penjualan arak di sini dikendalikan oleh orang yang bukan Islam.
Alangkah indahnya , sekiranya semua kedai dan pasaraya terutama kedai 24 jam mencontohi cara Pasaraya Giant menjual arak kepada pelanggan yang layak sahaja , menurut garis panduan yang telah dikeluarkan oleh pihak kerajaan?
- Herman-Islam tidak menghalang penganut agama lain meminum arak, larang itu hanya untuk umat Islam. Arak itu banyak keburukkannya tapi kalau mereka (bukan Islam) nak minum juga Umat Islam tidak halang. Semoga apa yang berlaku di Giant ini akan dicontohi oleh premis dan pusat beli belah yang turut menjual arak!
No comments:
Post a Comment
Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.
Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?