I.S.A IBNU AMIR
Dari jauh di perhatikan politik negara berada dalam tahap yang menakutkan.
Suasana tidak tenteram walaupun pada permukaan seolah-olah tiada apa yang berlaku.
Suasana ini terjana apabila pihak Pakatan Rakyat menang dan membentuk kerajaan di 5 negeri dan telah menafikan segala andaian kelemahan Pakatan Rakyat.
Pihak yang sentiasa menang agak begitu cemas dan berpecah pecah dengan menuduh satu sama lain.
Musuh menjadi karib, yang karib menjadi seteru, begitulah politik tanpa akal dan moral.
Justeru itu penahanan 3 orang dibawah ISA, undang2 tahan tanpa bicara dan had masa, menyemarakan lagi ketidaktentuan politik rakyat, kerana kenapa orang penguasa yang terang-terangan mengocak ketenteraman kaum terlepas dari tindakan undang2 negara? kecuali undang2 parti?.
Orang yang menghunus keris dengan pelbagai slogan perkauman terus menghingapi singgahsana kerajaan. Apakah ini bukan zalim?
Di tambah lagi dengan gendang perang Pakatan Rakyat untuk membentuk Kerajaan Pusat dengan cara lompatan kijang telah menjadikan lebih panik bagi pihak penguasa. Amaran panglima ATM jugak mengundang persoalan.
Penguasa seolah2 hilang arah dan tujuan, soal pentadbiran, soal keselamatan dan kepolisian, soal kedaulatan negara, soal ekonomi rakyat, soal nasib kaum yang lemah bukan menjadi agenda harian lagi, semua berkisar pada kuasa dan peralihan kuasa. Dari TPM sampai kepada JKKK.
Dalam sejarah politik negara, PAS dan DAP pernah kalah teruk tetapi masih mampu membaiki kelemahan dengan satu agenda dan persefahaman.
Penguasa mungkin sukar untuk pulih dan persefaham mungkin sebab habuan semakin sengit untuk di perolehi.
Ini adalah sejarah bagi rakyat Malaysia untuk faham "Ketidakstabilan Kerajaan", bukan kerana faktor luaran tetapi servisif dari kalangan anggota parti sendiri.
Politik negara hari ini semakin hanyir! Semoga di bulan Ramadan Kareem ini sama2 kita doakan semoga "Negara kita dijauhi dari malapetaka api perkauman yang akan membakar segala kemakmuran dan kebaikan" Ameen Ya Allah.
No comments:
Post a Comment
Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.
Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?