Saturday, September 20, 2008

Duit keringat peneroka, bukannya bonus - Mazlan

KUALA LUMPUR, 20 Sept (Hrkh) - Pengerusi Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda SeMalaysia (Anak), Mazlan Aliman berkata, kerajaan tidak sepatutnya mengguna istilah duit raya atau bonus di atas pembayaran RM400 kepada setiap peneroka Felda di seluruh negara.

Ini kerana dakwanya, duit itu adalah hasil daripada keringat peneroka itu sendiri.

Malah katanya, beliau bimbang rakyat akan keliru dengan istilah tersebut kononnya kerajaan terlalu prihatin dengan masyarakat Felda sehingga mengeluarkan duit raya kepada mereka.

"Jika kakitangan kerajaan bolehlah dikatakan begitu, tetapi peneroka tidak kerana duit yang mereka dapat itu adalah duit dari hasil kerja mereka sendiri.

"Kerana dalam konteks peneroka Felda mereka perlu mengerjakan tanah mereka dahulu dan insentif yang diberikan itu adalah atas penghasilan dari ladang-ladang mereka.

"Jadi bagi saya istilah duit raya ataupun bonus tidak tepat," katanya semasa dihubungi Harakahdaily hari ini.

Di Keluang, semalam, Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak mengumumkan sebanyak RM400 duit raya diperuntukkan kepada peneroka Felda di seluruh negara.

Sementara itu Mazlan berkata, beliau juga melihat jumlah yang diberikan itu terlalu kecil sedangkan harga komoditi sawit dan getah berada di paras yang tinggi sejak kebelakangan ini. <> "Dari sudut penghasilan yang dilakukan peneroka, berjaya memberi pulangan yang besar kepada Felda dan bagi saya jika dilihat dengan jumlah RM400 itu tidak memadai dengan pulangan besar yang dinikmati Felda,"

Beliau mendakwa pemberian duit raya itu tidak berpadanan dengan keuntungan yang dicapai melalui koperasi Felda.

Oleh kerana itu tegasnya kerajaan sepatutnya memberi pulangan yang lebih konsisten iaitu dibayar beberapa kali dalam setahun.

Katanya, bukannya dibayar untuk menyambut hari raya saja.

2 comments:

  1. bagus dia cakap. baru hari ni aku tau.

    ReplyDelete
  2. tanah pun orang bagi...asal bapak2 kita tak bertanah tau? apply felda, dapat, hidup selesa..tup2 anak2 yg buat lawak..tak sedar diuntung betul la korang.

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?