Terbaru, kes kecurian balak di Hutan Simpan Lepar, Maran dan Tersang, Raub. Kes itu didedahkan oleh TV3 dalam slor Buletin Utama. Apa yang jelas dapat dilihat kecurian yang dibuat sememangnya amar terancang dan seolah-olah ianya mendapat perkenan daripada "pihak-pihak atasan". Soalnya mengapakah ini terjadi?. Siapakah yang bertanggungjawab menyebabkan kes ini sukar dibendung. Apakah rakyat harus dipersalahkan?. Wartawan Pahang Daily, cuba menbuat penyiasatan akan hal ini dengan Pejabat Perhutanan Negeri Pahang. Maka akhirnya dapatlah dibuat kesimpulan mengapakah kes kecurian balak ini sering berlaku.
Pertamanya, kekurangan Pegawai Penguatkuasa untuk membuat pemantauan. Setakat ini katanya hanya lebih kurang 6 orang sahaja bertanggungjawab untuk menjaga hutan di Pahang (info terbaru mungkin ada sedikit penambahan). Bahkan pejabat hutan terpaksa menyewa "helikopter" untuk membuat pemantauan dari udara, bagi mengenalpasti kes-kes berkenaan. Itu pun sebulan hanya beberapa kali sahaja mereka melakukan tugas tersebut. Bagi "Renjer" dan lain-lain pegawai serta penyelia perhutanan, mereka hanya menjalankan tugas membuat pengawasan di kawasan masing-masing. Sedangkan hutan di negeri Pahang adalah amat luas, dan ternyata ia sukar untuk dipantau oleh pihak terbabit.
Berkenaan kes curi balak di Pahang ini, ianya sudah menjadi satu amalan biasa dan sinonim dengan urus tadbir kerajaan negeri. Terkadang kita juga hairan dengan kejadian ini. Umum mengetahui "balak" adalah antara sumber utama income negeri ini. Balak juga sering dikaitkan dengan pemimpin UMNO sejak zaman "Khalil Balak Kob" lagi. Semasa kerajaan pusat ingin menakluki Sabah dari PBS dulu, Khalil telah menghantar jutaan ringgit duit balak ke sana. Maka itulah, atas jasa beliau PM Mahathir ketika itu menghadiahkan gelaran Yang Di Pertua (Sultan) negeri Melaka kepada mantan MB Pahang itu. Maka kini, Khalil bukan sahaja meninggalkan hutang di Pahang malahan juga hanya saki baki kayu balak yang sudah ditarahnnya. Khabarnya, Khalil telah "merompak" balak Pahang yang sepatutnya hanya boleh dikeluarkan mulai tahun 2010. Maknanya, Khalil adalah MB yang awal-awal lagi telah "mengamalkan" dasar "Pandang Ke Balak" di Pahang. Sungguh malang nasib rakyat Melaka kerana beliau kini dilantik menjadi pemimpin utama di negeri Hang Tuah itu.
Maka itulah kita tidak hairan, warisan peninggalan Khalil terpaksa menjadikan balak sebagai sumber kekayaan peribadi masing-masing termasuklah MB Pahang sekarang, Adnan Balak Kop. Balak sememangnya sudah menjadi "darah daging" puak-puak UMNO ini. Urat darah yang mengalir dalam tubuh mereka dipenuhi dengan "urat-urat kayu balak". Sana sini mereka akan bercerita pasal "Ban Balak" dan sebagainya. Pendek kata, barang sesiapa yang mula ada jawatan dalam UMNO di Pahang jika tidak pernanh mendapat ban balak maka mereka itu adalan pejuang sebenar. Bagi yang lain, sukar untuk kita melihat mereka yang bersih dari kegiatan ini, biarpun hanya bergelar "ketua cawangan" atau pun "AJK" sahaja. Inilah amalan "rasuah" yang menjadi hidangan para pemimpin UMNO di Pahang sejak sekian lama.
Habis hutan balak ditarah sewenang-wenangnya tanpa belas kasihan biarpun hutan itu masih "anak dara" lagi. Maka nama-nama seperti Tengku Wong, dan yang seangkatan dengannya menjadi popular di Pahang. Bayangkan setiap kawasan balak hanya hanya seluas 100 ekar, mereka bakal menerima "habuan durian runtuh" sehingga mencecah ratusan ribu ringgit tanpa berbuat apa-apa. Jualkan sahaja lesen tersebut kepada "tokey-tokey" balak, yang penting "fulus masyuk". Fenomena ini adalah perkara biasa di Pahang. Orang tidak hairan lagi bila pemimpin UMNO cawangan mendirikan rumah banglo mewah dan dengan kereta besar. Kerana semua orang tahu yang dia pasti mendapat "ban balak".
Kelulusannya pula hanya MB Pahang yang akan tentukan. Sebab itulah dulu, Khalil Yaakob ada cara "sign lulus" atau pun tidak. Hanya dengan satu "titik atas atau bawah" sahaja, maka kita akan tahu permohonan itu disokong atau tidak. Inilah yang menjadi "kisahnya" cerita balak di Pahang sejak dulu, kini dan selamanya. Selagi puak-puak UMNO yang memerintah, maka selagi itulah ia tidak selesai. Jalan terbaik ialah menukar kerajaan yang sedia ada. Kerana semua mereka dari pada MB, Exco, ADUN serta pemimpin UMNO setempat semuanya terlibat dalam isu pembalakan ini. Bahkan ada sesetengah pemimpin yang kaya raya dengan ban balak. Syarat permohonan balak yang ditetapkan di Pahang kini ialah menerusi Jawatan Kuasa Kemajuan Kampung (JKKK) dan lesen individu tidak digalakkan atau dibenar lagi. Maka itulah ramai YB mula menggunakan pengaruh untuk menggalakkan JKKK memohon. Bila lulus, mereka hanya "menyuap" ahli JKKK sekitar RM20,000-RM50,000 sahaja untuk pembangunan kampung. Sebaliknya "baki" lagi ratus-ratus ribu YB ini akan sapu untuk "mengembongkan perut" mereka. Bahkan, ada sesetengah JKKK sudah dua tiga kali mendapat lesen "ban balak" ini. Bayangkan jika satu DUN ada lebih dari 50 kampung. Maka semakin banyak mereka "merompak" hasil mahsul ini.
Justeru itulah, bila lesen tidak diluluskan mereka akan mulakan aktivit "merompak" dengan rakusnya. Mereka lakukan ini dengan kerjasama tokey-tokey balak yang sudah berpengalaman dan mempunyai "Sawmill" sendiri. Tokey yang sudah lama tidak dapat hasil pasti akan bersubahat apabila diberikan lampu hijau oleh puak-puak terbabit. Maka, kita dapat melihat "pencuri" balak ini menggunakan jentera yang lengkap dalam menjalankan operasi mereka itu. Hasilnya, itulah yang dapat kita lihat dikaca TV. Kes-kes kecurian balak di Pahang semakin menjadi-jadi. Jika ada laporan pun, mereka akan "menyuap" pihak-pihak terbabit. Bila sudah banyak balak disapu, barulah mereka membawa pihak "media termasuk TV3" untuk membuat laporan kecurian tersebut. Walhal, sudah berjuta mereka sapu duit itu. Bila di"highlight" di kaca TV seolah-olah rakyat melihat kerajaan perihatin dengan masalah ini. Namun, jika kerajaan negeri betul-betul serius sudah lama kes ini selesai. Masalahnya mereka juga turut "bersekongkol" meraih keuntungan hasil balak-balak curi gara-gara malas menunggu kelulusan lesen dari Pejabat Perhutanan Negeri dan Menteri Besar sendiri. Wal hasil balik asal !! Pi mai pi mai tang tu jugak.
Natijahnya, kita jangan pelik bila keluar cerita kes kecurian balak di Pahang. Sebabnya ialah pemimpin yang sudah "menipu" dan "rasuah" diangkat menjadi wakil rakyat. Maka inilah hasilnya. Mereka tidak akan kenyang selagi tidak disuap dengan duit rasuah ini. Antara nama-nama YB yang cukup popular dengan balak di Pahang ini ialah Tan Aminuddin (Chenor), Shukri Ismail (Pulau Tawar), Sharkar Shamsuddin (Lanchang), Shahiruddin Moin dan ramai lagi [susah nak sebut nama, berpeti-peti] . Mereka inilah sebenarnya yang merosakkan hutan balak di Pahang. Maka, jika kita mahukan perubahan elok sahaja ditukarkan sahaja kerajaan dalam piliharaya umum akan datang. Demi rakyat agenda perubahan harus dilakukan.
[Pahang Daily akan membuat pendedahan yang lebih sensasi tentang kerakusan pemimpin UMNO di Pahang dalam merompak wang rakyat selama ini. Semoga ianya dapat menjadi kesedaran dan ikhtibar buat mereka yang masih lagi dibutakan mata dan hati untuk terus menyokong pemimpin yang "bobrok" itu]
-Pahang Daily
-Pahang Daily
jgn lupa, kepala penarah balak tak lain tak bukan tuanku sultan pahang tu sendiri. kasi bongkar je..
ReplyDelete