Tuesday, September 02, 2008

Fitnah Berterusan Kaitan IMF Dengan DSAI

email dari norbaina alias



Seperti dikatakan DSAI dalam Debat hari itu bahawa menuduhnya hendak menghancurkan Negara dengan meminjam duit IMF adalah fitnah berterusan.



Ianya memang fitnah kerana ternyata DSAI dihukum dengan isu IMF ini sedangkan ianya TIDAK BERLAKU kerana tidak mendapat restu PM masa itu. Jika perkara yang tidak berlaku bermakna ianya tidak dibuat, maka mengapa terus DSAI difitnah dan dihukum terhadap sesuatu perkara yang tidak dibuatnya. Inilah fitnah dan kezaliman. Menghukum terhadap sesuatu yang tidak dibuat. Sama lah dengan fitnah liwat.



Penyokong umno hanya disogokkan dengan konon DSAI meminjam duit IMF itu dan menyebabkan Negara terikat dengan mereka dan Negara akan hancur. Maka kita mesti berterusan bertanya, meminjam dari IMF itu telah berlaku atau tidak ?



Lagi sekali sifat dangkal umno kerana suka membuat andaian, menghukum perkara yang tidak berlaku yang mana dengannya akan tertutup rapatlah jenayah-jenayah dan penyelewengan yang telah berlaku. Kejahatan yang sah berlaku ditutup dengan andaian yang tidak berlaku.



Apa Beza IMF Dan Bank Dunia ?



Apakah ketika itu Malaysia tidak meminjam daripada mana-mana tabung kewangan dunia? Yang dihebohkan ialah DSAI hendak meminjam duit IMF, pinjaman yang dibuat negara ketika itu kepada Bank Dunia dan Jepun tidak pula dihebohkan. Meminjam juga kan namanya ?



Apa yang saya tahu sedikit sebanyak ialah beza meminjam dengan IMF dan Bank Dunia ialah IMF akan memantau pengurusan kewangan yang dipinjam itu. Dalam erti kata lain pemimpin tidak boleh menggunakan wang itu sewenang-wenangnya untuk mem'bail out’ kroni-kroni ketika kegawatan ekonomi hari itu. Perkara inilah yang menyebabkan PM masa itu tidak mahu menggunakan wang IMF dengan alasan kita akan diikat oleh IMF. Walhal dia yang terikat untuk membelanjakan wang tersebut.



Maka demi memuaskan nafsunya untuk bail out kroni-kroni dan anak-anak maka pinjaman IMF dihalang dan DSAI dijadikan sasaran kemarahan beliau. Dengan pinjaman dari Bank Dunia maka duit itu boleh diuruskan sendiri dengan lebih bebas.



Kadar Pinjaman IMF Tidak Mengadai Negara



Kadar pinjaman jika pun dibuat oleh DSAI kepada IMF adalah dalam had yang tidak menjejaskan kedaulatan Negara. Kerana itu dasar DSAI semasa menjadi menteri kewangan dulu antaranya ialah mengurangkan defisit dan membayar bagi mengurangkan beban hutang sebanyak mungkin supaya Negara tidak bangkrup dek kerana nafsu PM yang sebenarnya menguruskan Negara dengan penuh nafsu kebendaan mega sana sini atas nama pembangunan untuk rakyat.



Mengapa DSAI Tidak Dikaitkan Dengan Dunia Arab ?



Dalam ceramah-ceramah DSAI beliau mengatakan bahawa boleh memohon bantuan daripada Negara-negara Arab, bila pula dia mengatakan akan meminjam dari badan-badan Yahudi tersebut ? Apakah umno tidak pernah memohon bantuan pakar yahudi untuk menghadapi pilihanraya yang lepas-lepas ? Dan banyak lagi bukti bahawa umno dan bn lah yang mempunyai hubungan dengan yahudi.



Mengapa hanya dihebohkan DSAI dan hubungannya dengan badan-badan Yahudi tetapi ditutup hubungan baik beliau dengan Negara-negara Arab dan ulamak-ulamak dunia ?



Nota : Pertubuhan freemason ramai dianggotai pemimpin umno dan bn. Freemason tu pertubuhan dakwah islamiah ke ?

No comments:

Post a Comment

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?