PULAU PINANG, 27 Sept (Bernama) -- Parti Gerakan mengutuk perbuatan melempar bom molotov cocktail ke rumah keluarga Anggota Parlimen Seputeh, Teresa Kok di Kuala Lumpur awal pagi tadi dan meminta kerajaan dan pihak polis menyiasat dan mengambil tindakan segera kepada pihak yang terbabit.
"Kami sangat terganggu dengan tindakan ganas kedua seumpama ini yang berlaku dalam tempoh kurang daripada dua bulan. Pada awal Ogos ini, molotov cocktail turut dilempar ke rumah yang pernah diduduki Presiden Majlis Peguam, Datuk S. Ambiga," kata Pemangku Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dalam satu kenyataan.
Beliau berkata walaupun Gerakan mungkin tidak bersetuju dengan pendirian dan pendekatan Teresa dan pemimpin pembangkang yang lain mengenai sesetengah isu, namun Gerakan menghormati hak mereka untuk menyatakan pendapat.
Koh berkata mereka yang tidak bersetuju dengan Teresa, perlu berani untuk berdepan dengannya menerusi perbincangan atau perdebatan yang aman.
"Tiada siapa yang boleh bertindak mengikut undang-undang sendiri. Bertindak secara ganas seperti ini adalah perbuatan pengecut," katanya.
Tindakan ganas dan tidak mengikut undang-undang hanya akan memburukkan lagi suasana ketidaktentuan ekonomi dan politik semasa negara, tambahnya.
No comments:
Post a Comment
Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.
Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?