Friday, September 05, 2008

Guan Eng umum tubuh SAR, kembalikan bantuan perkapita

PULAU PINANG, 5 Sept (Hrkh) - Kerajaan Negeri Pulau Pinang bercadang menubuhkan Sekolah Agama Rakyat (SAR) sendiri tidak lama lagi di kawasan yang akan dimaklumkan kemudian kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.



Jelasnya dalam majlis berbuka puasa bersama kepimpinan PAS Negeri di Restoran Kassim Mustaffa di Seberang Jaya semalam beliau menambah, semua cadangan itu akan diuruskan oleh Exco Hal Ehwal Agama, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Penerangan dan Perhubungan Masyarakat, Mohamad Fairus Khairudin.



Beliau berharap Adun Permatang Pasir, Mohd Hamdan Abdul Rahman bekerjasama dengan Mohamad Fairus untuk berbincang mengenainya di samping membantu merealisasikan perancangan agar tidak ketinggalan.



"Kerajaan Negeri sedang merancang untuk menubuhkan SAR sendiri tidak lama lagi namun tempat, berapa buah dan peruntukan akan diberitahu kelak, " ujarnya.



Kerajaan Negeri juga akan mengembalikan peruntukan kepada SAR setelah dicantas oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN) di era bekas Perdana Menteri, Dato' Seri Dr Mahathir Mohamad.



Peruntukan itu amat wajar tegasnya, untuk menghidupkan pergerakan persekolah agama untuk generasi Islam.



Menurut Lim lagi, Kerajaan Pakatan Rakyat bukan sepertimana BN yang sanggup menghukum SAR kerana sokongan pada parti itu kurang kononnya kebanyakan orang Melayu berpaling tadah menyokong pembangkang.



"Bila peruntukan dicantas oleh Kerajaan BN ia memberi kesan terhadap pendidikan terutamanya pihak sekolah yang mengelolakannya. Setelah berkuasa kita akan beri kembali, " katanya yang juga Ahli Parlimen Bagan.

No comments:

Post a Comment

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?