Monday, September 22, 2008

Hang Geng Sapa..?

Pemimpin-pemimpin Umno yakin pemilihan bahagian tidak akan meminggirkan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk pencalonan jawatan presiden seperti diuar-uarkan dalam Majlis Tertinggi (MT) minggu lalu.

Mereka percaya suara-suara mendesak Abdullah meletakkan jawatan menjelang pemilihan bahagian awal bulan depan "terlalu awal" kerana mesyuarat belum bermula.

Abdullah memerlukan pencalonan kira-kira 60 bahagian untuk layak bertanding dan pencabar terdekatnya yang boleh dicalonkan untuk jawatan tersebut sama ada timbalannya sendiri Datuk Seri Najib Razak atau Tengku Razaleigh Hamzah.

Seorang pemimpin bahagian di Pulau Pinang malah percaya anggota-anggota MT yang menyarankan idea sedemikian Khamis lalu sebagai "orang-orang naib presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin."

-malaysiakini

TP - Kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah... bodek jangan tak bodek... sape suruh Pak Lah letak jawatan, jadik geng Muhyiddin... sape tak bagi Pak Lah letak jawatan, jadik geng Pak Lah...

Petang karang 2-2 geng jumpa kat padang... sementara nunggu pemilihan, hangpa main sep sep dulu...
Kah kah kah kah kah... 2-2 geng bodo..! Pak Lah jugak ceredik...Pakatan Rakyat dapat untung... JANGAN TURUN PAK LAH..! PAK LAH BEST..!

- The End -

1 comment:

  1. Pak Lah ni dia baguih.

    Semoga Pak Lah tidak peduli suara geng yang mendesak agar peralihan kuasa berlaku cepat pada 9 Oktober 2008 atau pertengahan 2010.

    Diharapkan Pak Lah terus slow dan terus kekal sehingga Jun 2100.

    Hidup Pak Lah!!!

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?