Tuesday, September 16, 2008

Harga Beras & Barangan Runcit Melambung Lagi

KUALA LUMPUR 15 Sept. - Harga beras Super Special 5% jenama Jasmine Super Tempatan dan 15 peratus hancur (ST15) yang berbeza serta berubah-ubah dari satu kedai dengan yang lain disifatkan mengelirukan para pengguna.

Tinjauan Utusan Malaysia selain temu ramah dengan pengguna di beberapa pasar raya sekitar Lembah Klang mendapati harga bagi setiap kampit 10 kilogram (kg) ST15 Jasmine Super Tempatan adalah di antara RM27.50 sehingga RM33.50.

Harga bagi beras Super Special 5% jenama Jasmine Super yang diimport pula mencecah sehingga RM48.99 untuk setiap kampit 10 kg.

Selain itu, pengguna kini merungut kerana banyak harga barangan runcit yang mula naik tanpa amaran dan pada kadar tidak munasabah.

-Utusan Malaysia Online

TP - Aik??? naik lagi??? kan rege minyak dah turun..! kan ke kerajaan cakap nak pantau..? apa sudah jadi??? mana kerajaan yang "prihatin" pada rakyat??? mana..? mana..? mana..?

Mana menteri-menteri kabinet yang prihatin..? mana Pak Lah..?

Apa sudah jadi Pak Lah??? Pak Pah tengah Pack-up luggage ke???

Jangan lariiiiiiiii.........!!!

No comments:

Post a Comment

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?