Wednesday, September 24, 2008

Ibu tunggal sara 4 anak dengan RM200

KUANTAN 23 Sept. - Setiap kali menjelang Hari Raya Aidilfitri, seorang ibu tunggal bersama empat anaknya hanya mampu melihat keriangan insan-insan lain menyambut hari lebaran itu.

Tiada ketupat rendang, jauh sekali pakaian baru buat mereka sekeluarga melainkan linangan air mata apabila berkumandangnya takbir di pagi Syawal.

Lebih mengharukan apabila anak-anak Rosnah Samawi, 38, bertanyakan baju dan kasut baru untuk keluar beraya bersama rakan.

Rosnah bersama empat anaknya, Nurul Hidayah Hussein, 12; Mohd. Taufik, 8; Siti Najar, 7, dan Norhayati, 3, mengharungi keperitan itu sejak tiga tahun lalu apabila suaminya yang bekerja sebagai buruh kasar meninggal dunia akibat diserang penyakit asma.

Kini, lima beranak itu bukan sahaja tinggal di sebuah rumah papan usang sebesar bilik tidur di Tanah Putih Lama di sini, malah kehidupan mereka bergantung sepenuhnya pada wang bantuan RM200 yang diperuntukkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pada setiap bulan.

-Utusan Malaysia Online

TP - Mana MP Kuantan??? orang sibuk nak deal tukaq kerajaan pusat, kawasan Parlimen sendiri hangpa tinggal wat apa? pi balik kawasan masing-masing buat kerja. hangpa ingat gaji hangpa tu saja-saja bagi ka?

Diminta semua MP-MP Pakatan Rakyat pulang ke kawasan masing-masing dan selesaikan masalah penduduk dikawasan masing-masing. hat nak tukaq kerajaan ni dah ada orang handle. jangan dok loqlaq sangat. kang aku tulis nama hangpa kat sini kang.

Pi..!

1 comment:

  1. dia mana ada, sibuk pi taiwan makan angin. Pengikut kata dia pi pujuk tapi sebenarnya dia makan angin sekadar nak puaskan hati orang gila meroyan nak jadi PM

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?