Monday, September 22, 2008

ISA: Tak Payah Kaji

SEMPORNA, 21 Sept (Bernama) -- Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tidak perlu dikaji semula kerana ia masih diperlukan di negara berbilang kaum dan agama seperti Malaysia.

"Tak perlu dinilai semula. Apa yang penting kepada kita ialah kita kena melihat kebaikan ISA kerana ISA ada kebaikannya," katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa bersama masyarakat setempat di sini hari ini.

TP - Dalam erti kata lain, Menteri lembu ni telah menjelaskan kepada kita bahawa sistem perundangan negara Malaysia yang melibatkan beberapa agensi seperti PDRM, Kehakiman dan Mahkamah berada pada tahap "pungkoq" sehingga memaksa Kerajaan pemerintah, mengguna pakai akta "Sarkis" demi melindungi kelemahan sistem yang sedia ada.

Kalau sistem sedia ada tak selemah sekarang... errr... pada aku sistem tak lemah... tapi pengamal sistem tu yang lemah "mentaliti" dan juga tak ada "profesionality".

Mentaliti pengamal berada pada tahap "Beruk Mengawan" bila nampak duit... senang kene sogok... RM10 pun depa sapu... tak caya, tanya budak2 kilang...

Profesionality pulak sama dengan "Orang Mabuk Todi"... cakap berdegar-degar tapi orang tak faham amende yang depa nak habaq... kunun telus, amanah, intergriti... tapi nampak sangat berat sebelah... bila kene tang "Gomen", tak pe... kita ada banyak masa untuk siasat... bila kene tang "Pembangkang" tak dan-dan... tak payah report pun kadang-kadang "siasatan dah lama siap"...

Ape punya "turrr..."

Kesimpulannya... Menteri "Ketam".

- The End -

No comments:

Post a Comment

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?