Monday, September 29, 2008

Jangan Langgan Akhbar Ketika Pulang Cuti Raya ~ malaysiakini

KOTA BAHARU, 28 Sept (Bernama) -- Polis Kelantan mengingatkan orang ramai tidak membuat langganan ahkbar di musim perayaan bagi mengelak pencuri mengetahui pemilik rumah tiada di rumah.

Timbalan Ketua Polis Kelantan SACII Amir Hamzah Ibrahim biasanya akhbar yang ditempah berselerakan di depan rumah dan ini memudahkan pencuri membuat pengecaman rumah-rumah yang tidak berpenghuni.

"Ini menjadi sasaran mudah kepada pencuri memberi tumpuan kepada rumah-rumah yang tidak ada tuan," katanya ketika ditemui di sini, Isnin.

Beliau turut menasihatkan orang ramai yang hendak meninggalkan rumah memaklumkan polis supaya membolehkan pemantauan bagi mengelak kecurian berlaku.

Amir Hamzah juga meminta pemilik rumah memasang lampu depan rumah masing-masing ketika meninggalkan rumah bagi memudahkan polis dan jiran-jiran memantau rumah mereka.

"Kalau keadaan rumah nampak gelap, pencuri mudah memasuki rumah itu tetapi dengan lampu terpasang sukar pencuri dekati," katanya.

2 comments:

  1. Pihak polis juga patut ambil tindakan keatas'posmen tak bertauliah' yang memasukkan beranika kertas majalah akhbar pengiklan keadalam peti surat atau pun yang lebih ketara lagi bahawa rumah tidak berpenghuni, bila diletakkan/dikept dicelah pagar. 2 atau 3 hari dan cukup terang rumah taka da orang.

    ReplyDelete
  2. Perompak sekarang bukan mcm zaman dulu2..tgk suratkhabar depan laman rumah..ahahaha...kalau tak kutip, confirm takde org kat umah...ada lagi org berfikiran camtu...kalau dia nak masuk umah pun, dia peduli apa suratkhabar berselerak ke...apa ker..
    kalau takde ide, baik dok diam2 je laa bulan posa ni...pi baca quran lagi baik dr dok buat stetmen tahun 70an

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?