KUCHING, 28 Sept (Bernama) -- Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan mewujudkan saluran bagi setiap wilayah, termasuk Sabah dan Sarawak, setelah penyiaran digital dilaksanakan secara keseluruhan dalam tempoh tiga tahun, kata Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek.
Beliau berkata penyiaran digital dijangka memuatkan lebih 20 saluran yang membolehkan setiap wilayah mempunyai saluran masing-masing.
"Tidak mustahil pada masa datang kita ada TV Sarawak, TV Sabah atau TV wilayah-wilayah lain kerana kita tidak hanya terbatas kepada dua saluran lagi seperti sekarang.
"Mungkin dalam masa tiga tahun lagi, kita mempunyai TV Sarawak. Maka, berita dan isu dari Sarawak akan dimuatkan dalam saluran tersebut.
Ini termasuklah memuatkan muzik dan artis Dayak di negeri ini," katanya ketika merasmikan majlis Anugerah Muzik Dayak (DAMA) 2008 yang julung kali diadakan di sini Sabtu malam.
Shabery menyeru kakitangan RTM yang bertugas di negeri-negeri supaya melakukan persiapan dan meningkatkan keupayaan masing-masing mengeluarkan lebih banyak berita berinformasi di peringkat daerah.
"Trend dunia kini sudah berubah. TV wilayah boleh menjadi begitu berpengaruh seperti tv nasional. Penonton lebih cenderung untuk mengetahui berita-berita yang berlaku di sekitar daerah mereka berbanding isu nasional atau antarabangsa.
"Sehubungan itu, kita harus membina kandungan tempatan yang kuat dan bukan memuatkan kandungan dari luar negara seperti China, Latin Amerika atau Indonesia.
Kita harus bersiap sedia untuk memuatkan lebih berita di peringkat daerah untuk dimuatkan dalam saluran-saluran yang bakal diwujudkan," katanya.
Sementara itu, Ahmad Shabery menyambut baik usaha Dewan Perniagaan dan Perindustrian Dayak (DCCI) yang menganjurkan DAMA 2008 untuk membangunkan industri muzik Dayak di negeri ini.
Sebanyak 87 penyanyi, komposer dan penulis lirik mengambil bahagian dalam DAMA 2008 bagi meraih 29 kategori anugerah yang dipertandingkan.
Penganjuran DAMA 2008 bertujuan memberi pengiktirafan dan penghargaan secara rasmi kepada semua artis Dayak di negeri ini selain menggalakkan semua artis Dayak supaya lebih profesional dalam menyertai industri muzik.
TP - Tambah lagi Radiyo Tivi Putar Belit... RTPB Perlis, RTPB Kedah, RTPB Pulau Pinang, RTPB Perak, RTPB Kelantan, RTPB Terengganu, RTPB Pahang, RTPB Selangor, RTPB Negeri Sembilan, RTPB Melaka, RTPB Johor, RTPB Sabah & RTPB Sarawak...
Setiap negeri hanya akan disajikan dengan dakyah-dakyah & fitnah terhadap musuh politik di negeri masing-masing... dengan ini, rakyat hanya akan disajikan dengan berita politik (rekaan) dinegeri masing-masing sahaja manakala untuk berita politik (rekaan) di luar negeri masing-masing akan disekat secara halus... lost contact...
Aku kat Selangor akan tau perkembangan politik (rekaan) di Selangor je... hangpa kat luar Selangor jangan harap nak tau berita politik (rekaan) kat Selangor...
Ini lagi 1 projek "pecah & perintah" UMNO/BN...
Kelebihan pada pemerintah yang menguasa media ini ialah, depa bebas mereka-reka cerita politik di tempat masing-masing tanpa risau "pecah lobang" sebab input terhad... dalam 1 hari depa boleh main banyak isu yang berlainan... parti lawan akan hadapi kesukaran sebab kekurangan "ruang" untuk menangkis serangan...
Korang paham ke tak paham apa aku habaq ni???
No comments:
Post a Comment
Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.
Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?